Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

        ASMA NI TAK BOLEH SEMBUH KE?

        May 26, 2021

         

        "???????? ???? ?????? ?????????? ???????????? ????? ???????? ???????????? ?????? ???????????????????? ???????? ?????????????? ???????????? ??????????."

        Asma ni satu keadaan yang sangat selalu kita jumpa di fasiliti kesihatan. Terus terang, memang selalu sangat. Ada yang bermula masa kecil, boleh jadi berleretan sampai dewasa, boleh jadi selesai masa kanak-kanak. Ada yang masa baby beberapa bulan pun dah mula kena. Ada yang masa dewasa baru dapat. Ada yang masa mengandung je dapat asma.
        .


        ?? ?????? ???????? ???? ?????????????????????
        Asma ni radang pada saluran pernafasan yang kronik. Maksud kronik ni ialah berlarutan, tempoh masa yang lama. Radang tu akan buat saluran pernafasan tu sempit. Kesannya, udara yang kita hirup tu tak dapat masuk ke paru-paru, lalu kurangnya oksigen dalam darah.

        ???????? ?????????????? ???????? ?????
        Presentation dia selalunya susah nafas / nafas laju / nafas berbunyi, batuk + sesak dada. Apa yang penting perlu tahu? Asma ni boleh mengancam nyawa kalau tak dirawat! Sebab dia melibatkan sistem penting badan kita - sistem pernafasan.

        ?? ?????? ???????? ?????????? ?????????????????????? ?????????
        Fuh, macam-macam sebenarnya. Ada yang akan kena asma masa dia batuk/selesema. Ada yang kena bila terdedah pada asap rokok. Ada yang bila main dengan binatang berbulu (biasanya kucing / anjing). Contoh lain:
        - allergy pada debu / asap / habuk / pollen / binatang lain
        - jerebu / apa-apa pencemaran udara
        - suhu sejuk / makanan sejuk / buah-buahan
        - stress pun boleh menyebabkan asma ya
        - ada yang induced oleh senaman / apa-apa aktiviti lasak

        Asma untuk orang yang selalu merokok tu actually namanya ???????? (?????????????? ?????????????????????? ?????????????????? ??????????????). Konsep penyakitnya sama tapi biasa berlaku pada orang dewasa yang terdedah pada gas yang berbahaya, senang cakap asap rokok. Bukan setakat perokok ya kawan-kawan, kalau kita dikelilingi orang yang merokok pun boleh mengundang!

        ?? ???????????? ???????????????
        Ni ialah soalan-soalan kegemaran doktor kalau anda datang dengan simptom asma. Hadamkan bagi yang memang ada asma & selalu datang hospital ambik nebulization / inhaler / perlukan rawatan dalam wad. Basically ni ialah basic info sejarah asma anda.

        ??. ?????????????? ???????????????????????? / ?????? - bila kali pertama? macam-mana kekerapan dalam setahun / beberapa bulan kebelakang? Bila last guna / dapat? Ada sejarah masuk wad tak? Kalau ada, apa tahap tertinggi dapat oksigen - nasal prong / facemask / venturi mask / intubate?

        ??. ?????????????? ???????????????? - ada sesiapa tak dalam keluarga yang ada asma (terutamanya first degree family - adik-beradik, ibu bapa)? Kalau ada, terkawal tak? Ada follow up / pakai inhaler apa-apa tak?

        ??. ???????????????? ???????????????? - ada tak bangun pagi akan selalu batuk? Ada tak tidur malam terganggu atau selalu terjaga disebabkan batuk? Ada yang tak boleh exercise berat sampailah semput sangat-sangat?

        ??. ???????????????????? ?????????????? - apa yang selalu mengundang asma tu? Ada yang makan tembikai je, terus batuk-batuk dan semput. Ada yang baru lepas renovate rumah, batuk-batuk disebabkan habuk & debu lepas tu semput. Ni semua berbeza ya ikut diri masing-masing. Ada yang semudah tidur dalam aircond / bilik yang sejuk.

        ??. ?????????? - ni maksudnya badan kita bagi tindak balas pada sesuatu allergen. Ada yang resdung (selalu bersin pagi-pagi atau dek kerana habuk macam tu). Ada yang banyak allergy pada makanan. Ada yang mata selalu kemerah-merahan. Ada yang kulit kering (eczema). Bila seseorang ada atopy, lagi tinggi chance dapat asma ya.

        ??. ????????????-???????????? ???????? - doktor akan tanya ada perokok / haiwan peliharaan / carpet ke kat rumah. Sebab ni antara punca biasa yang menyumbang pada asma.

        ?? ?????????? ???????? ?????? ???????????
        Untuk yang pertama kali, silalah pergi ke hospital / klinik terdekat. Anda perlukan ubat untuk legakan dan buka semula saluran pernafasan.

        Untuk yang memang dah diagnose dengan asma, tolonglah compliant dengan ubatan anda (inhaler tu). Inhaler ada dua jenis ya.

        ??. ???????????? (????????????????)
        - yang ni paling biasa digunakan ialah Salbutamol, nama lainnya Ventolin. Pakai ikut arahan doktor / bila perlu sahaja. Pastikan kita prepare inhaler kita sentiasa ada dengan kita sepanjang masa. Serangan asma ni bila-bila boleh jadi ya, terutamanya bila ada sesuatu yang trigger.

        ??. ???????????????? (??????????????????)
        - yang ni doktor akan review keadaan pesakit sama ada perlu pakai atau tak. Jenis inhaler ni ikut fasiliti / tahap masing-masing - paling biasa namanya Budesonide / Fluticasone. Kalau level asma jenis tinggi tu, tolonglah jangan terlupa ambik tiap-tiap hari. Ikut prescription yang doktor bagi. Kalau ikut guideline GINA terbaru, kes asma simple pun dah digalakkan bagi preventer taw.

        ?? ???????????? ???? / ???????????? ???????????? ????????
        Dah ada ubat, jangan lupa follow up. Doktor biasanya ada bagi review 3-4bulan untuk tengok macam mana badan kita respon pada ubat. Kalau kita compliant dan simptom terkawal, doktor akan turunkan dose sikit-sikit sampailah kita hanya perlu pakai pelega bila perlu sahaja. Kalau tak terkawal, kemungkinan akan dinaikkan dos / tukar ubat / rujuk pada pakar respiratori.

        Semua pesakit asma (terutamanya kanak-kanak), kita akan sediakan asthma action plan, diari batuk untuk disemak masa follow up. Asthma action plan ni akan bantu untuk seseorang tu bagi pelega sendiri dahulu ikut tahap sebelum perlu ke hospital atau tak.

        ?? ???????? ?????????? ???????
        Untuk kanak-kanak, kita akan minta ibubapa belikan aerochamber untuk pastikan ubat sampai ke saluran pernafasan dengan efektif. https://www.youtube.com/watch?v=o0M1lLpOu4U

        Rutinnya, doktor / ahli farmasi akan semak teknik tu berkala (biasanya masa appointment kat klinik) - sebab tu please jangan skip TCA. Kalau terlepas, tolong call klinik dan dapatkan tarikh baru.

        ??????
        Fahamlah kawan-kawan, asma ni tak boleh sembuh tapi boleh dikawal. Sama macam orang allergik udang, sama ke penghujung nyawa dia akan dapat kesan pada diri kalau dia makan udang. Hampir sama macam asma. Asma ni kalau tak dirawat dengan baik, lama-lama simptom tu makin teruk dan makin susah nak tindak balas pada rawatan biasa.

        Bukan sedikit ya, pesakit asma perlu ditidurkan & diberi bantuan pernafasan (intubate). Kalau sebelum pandemik Covid pun banyak, semasa pandemik ni lagilah mencabar nak beri rawatan. Bayangkan lagi budak-budak kecil baru beberapa tahun dah kena intubate disebabkan asma yang teruk.
        ??????

        ?? ????????????????????
        1. Asma boleh dicegah - mencegah jauh lebih baik dari merawat.
        2. Kenal pasti perkara-perkara yang boleh trigger asma kita dan elakkan.
        3. Pastikan kita ikut arahan pakai ubat (compliant to medication).
        4. Pastikan teknik pakai inhaler yang betul.
        5. Elakkan terlepas appointment rawatan susulan.

        Hanis Amanina
        Hari tu kena present acute severe asthma. ?? 


        Latest Instagrams

        © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
        主站蜘蛛池模板: 日韩精品亚洲aⅴ在线影院| 天天干在线免费视频| 久久精品国产亚洲一区二区三区| 久久精品国产亚洲AV未满十八| 黄网址在线永久免费观看 | 久久久www成人免费毛片 | 亚洲免费综合色在线视频| 国内精品乱码卡1卡2卡3免费| 亚洲国产午夜精品理论片| 日本XXX黄区免费看| 亚洲中文精品久久久久久不卡| 成年在线网站免费观看无广告 | 国产一区二区三区亚洲综合| 国产男女猛烈无遮挡免费网站| 国产精品久久久久久亚洲小说| 亚洲AV无码乱码精品国产| 国产免费内射又粗又爽密桃视频| 亚洲无人区午夜福利码高清完整版 | 亚洲一级特黄特黄的大片| 成年18网站免费视频网站| 国产成人精品亚洲| 亚洲日韩中文在线精品第一| 亚洲欧洲日产国码久在线观看 | 成年性午夜免费视频网站不卡| 亚洲AV无码成人网站在线观看| 亚洲国产精品13p| 国产精品高清免费网站| 91亚洲导航深夜福利| 成年在线网站免费观看无广告 | 亚洲一区二区三区久久| 永久免费观看的毛片的网站| 国产激情久久久久影院老熟女免费| 久久精品国产99精品国产亚洲性色| 香蕉视频免费在线| 久久久久亚洲精品无码系列| 一个人在线观看视频免费| fc2成年免费共享视频网站| 久久久亚洲欧洲日产国码二区| 国产网站在线免费观看| 免费人成毛片动漫在线播放| 亚洲欧美黑人猛交群|