Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

        Hari Rabies Sedunia 2017 - Info Yang Perlu Kita Tahu

        September 28, 2017


        Korang tahu tak yang hari ni 28 September ialah Hari Rabies Sedunia?

        Tarikh ni jugalah tarikh kematian seorang seorang ahli kimia & mikrobiologi French, namanya Louis Pasteur - dialah yang menghasilkan vaksin rabies pertama dunia.

        Jadinya, bersempena Hari Rabies Sedunia ni, meh saya kongsi info-info yang perlu kita tahu secara umum. InsyAllah tak masuk medical stuffs yang detailed sangat pun :)


        1. Apa rabies ni sebenarnya?
        Rabies ni orang Malaysia lebih kenal dengan nama penyakit anjing gila. Memang make sense sebab kebanyakan orang kena jangkitan bila digigit anjing yang berkelakuan aneh. 

        Rabies ni sejenis virus yang mungkin ada pada binatang lain jugak contohnya kelawar, raccoon, skunk dan musang. 


        2. Kenapa rabies ni bahaya?
        Perkara yang paling ditakuti bila sebut pasal bahaya ialah?
        Semestinya kematian.

        Dan rabies ni sebenarnya boleh dicegah sebab tu wujudnya World Rabies Day untuk bagi pendedahan pada masyarakat untuk bertindak.





        3. Macam mana rabies ni menyebabkan kematian?
        Bila seseorang tu dijangkiti rabies, virus tu akan bergerak dalam saraf dari kawasan gigitan (peripheral nerve) sampai saraf tunjang (spinal cord) dan akhirnya ke otak (brain). Pastu berlaku keradangan (inflammation) kat otak tu. Doktor panggil encephalitis.
        • Encephal- = kawasan dalam otak
        • -itis = radang

        Otak dan saraf tunjang ni antara organ paling penting dalam manusia ni sebab kat sini lah semua bahagian badan dikawal. 


        4. Apa tanda-tanda rabies?
        Tahap awal-awal, pesakit tu akan bagitahu rasa semacam dekat kawasan gigitan - sama ada sakit atau kebas etc. 

        Tahap bahaya bila virus dah sampai otak - dan jarang orang dapat survive. Ada 2 bentuk rabies dan masa ni pesakit akan tunjuk tanda-tanda macam:
        • FURIOUS rabies - 70%:
          • tak senang duduk / resah, 
          • keliru, 
          • perangai luar normal,
          • halusinasi, 
          • banyak salivation (air liur), 
          • sakit masa nak minum air
        • PARALYTIC rabies - 30% - bahaya jugak tapi effect tak sepantas furious rabies:
          • lumpuh bermula dari kawasan gigitan

        5. Macam mana nak cegah rabies?
        Rabies ni juga dikenali sebagai vaccine-preventable disease - maksudnya penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin (lebih kepada sebelum digigit - sebab tu kita guna term cegah)

        Caranya bergantung pada keadaan masing-masing:
        • Kalau korang ada yang bela anjing (for whatever reasons), pastikan anjing tu diberi vaksin. Pergi je kat mana-mana klinik haiwan dan beritahu doktor. 
        • Kalau ada bela kucing yang ada contact dengan anjing liar, juga digalakkan vaksinkan kucing tu. Kalau ada kucing-kucing liar datang mintak makanan kat kedai makan, bagi je cuma usaha lebih untuk takde close contact - digigit, dicakar sebagainya. 
        • Kalau korang memang terlibat dengan binatang (dalam list atas) secara langsung, korang pun boleh dapatkan vaksin untuk diri sendiri kalau nak. Highly recommended untuk ambil vaksin - especially doktor haiwan, orang yang handle haiwan macam kat zoo, orang yang kerja kat makmal berkaitan rabies.
        • Orang yang suka pergi ski / snowboarding ataupun masuk hutan yang ada risiko digigit binatang tu pun, digalakkan ambil vaksin.

        Credit: http://www.who.int/rabies/resources/animated_gif/en/

        6. Kalau dah kena gigit, nak buat apa?
        Tengok binatang tu perangai dia pelik tak? - refer point #4

        Mula-mula bersihkan luka tu dengan sabun dan air at least 15 minit! - untuk cuba bunuh virus tu dan kurangkan jangkitan kuman kat kawasan gigitan tu. Lepas tu jumpa doktor untuk tanya apa possibility seterusnya - sama ada kena dapatkan vaksin (post-bite) serta merta atau tak. 
        7. Rabies di Malaysia.
        Malaysia rasanya belum jadi rabies-free country. Baru-baru ni (Julai lepas) ada kes kematian kat Sarawak disebabkan rabies - selepas hampir 20 tahun takde kes kematian. 

        Kalau tengok kawasan sekitar rumah, ada jugak anjing yang tak bertuan. Berbeza dengan Eropah, sebabnya diorang ni memang bela anjing dan anggap anjing tu ahli keluarga. Orang tak nak pegang anjing dia pun, nampak dia kecewa. Adoi. Masa belajar pasal ni, cikgu happy betul cerita yang Czech antara negara yang bebas rabies. :)


        Rujukan:
        - nota Infectious Diseases


        ----------------------------

        Sebenarnya dah lama plan nak share topik-topik medical dalam bahasa ibunda alang-alang sementara menunggu posting ni, kita sama-sama buat revision :D. Memang perasan bila doktor atau saya sendiri nak explain sesuatu memang selalunya terpaksa guna English. Ye lah, dah belajar dalam English, nak dokumenkan dalam fail pesakit pun guna English dan biasanya nak present case kat bos pun dalam English.

        Kadang-kadang, kita faham konsep tapi sungguhlah tak mampu dan tak tercapai dek akal nak guna perkataan Melayu apa nak bagi tepat. End up, memang kena bagi analogi mudah nak bagi gambaran kat pesakit atau ahli keluarga sendiri.

        Saya cuba pelan-pelan, insyAllah :)

        Hopefully we can learn something from this post :)


        170928
        SS, Perak, Malaysia

        Latest Instagrams

        © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
        主站蜘蛛池模板: 国产在线a不卡免费视频| 欧洲亚洲国产清在高| 伊人久久国产免费观看视频| 精品国产亚洲男女在线线电影 | 亚洲高清最新av网站| a级大片免费观看| 国产日本亚洲一区二区三区| 国产亚洲精品免费| 一区二区三区在线免费看| 亚洲精品动漫免费二区| 国产成人精品日本亚洲网站| 国色精品卡一卡2卡3卡4卡免费| 污视频网站在线观看免费| 久久精品国产亚洲AV无码偷窥| 国产成人免费全部网站| 午夜免费福利片观看| 美女被爆羞羞网站免费| 亚洲国产成+人+综合| 国产美女亚洲精品久久久综合| 一个人免费高清在线观看| 日韩精品无码免费专区网站 | 国产成人高清精品免费观看| 亚洲国产美女精品久久| 久久影院亚洲一区| 成年大片免费视频| 男女午夜24式免费视频| 美女啪啪网站又黄又免费| 亚洲精品不卡视频| 亚洲精品国产精品乱码不卡√| 蜜臀91精品国产免费观看| 中文字幕免费观看| 国产免费黄色无码视频| 精品国产日韩亚洲一区91| 亚洲理论片中文字幕电影| 亚洲午夜福利在线观看| 国产最新凸凹视频免费| 99久久99久久精品免费看蜜桃 | 农村寡妇一级毛片免费看视频| 亚洲1区1区3区4区产品乱码芒果 | 亚洲中文无韩国r级电影| 精品国产麻豆免费网站|