Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

        Satu Petang di Ljubljana, Slovenia (Part 1)

        August 23, 2016


        Bas dari Bled sampai di Ljubljana nak dekat pukul 3 petang. Terus berjalan ke Hostel Vrba untuk check in, letak bag, solat yadayada. Kelakarnya kat hostel ni, bilik mix ramai je orang tapi kat female dorm takde sapa. Sebelum ni saya pernah share tentang susahnya nak cari hostel yang offer female dorm kat Bled. Bukan setakat Bled, kat Ljubljana pun female dorm ni limited. Saya jumpa Hostel Vrba je yang kosong masa tu. Cuma, jauh betul dari stesen bas. 

        Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
        Strolling around the city.

        Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
        My travel app companion


        Basically saya duduk seorang dalam dorm 7 katil! Haha. Memang happy jugak sebab boleh pasang alarm dengan senang hati, bukak music kuat-kuat, semua plugs saya conquer. Sebelum ni mujur mampu bangun subuh without alarm. Rasa bersalah nak kejutkan orang pukul 4-5 pagi, masa macam ni memang backpackers lain tengah nyenyak tidur. Bila share bilik dengan orang, kena respect jugak.


        Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
        Big enough for only 1 person!


        So, lepas settle down kat hostel, orang hostel suggest naik castle. Weather cantik sangat katanya. Okay why not. Tempat menarik kat Ljubljana ni tertumpu sepanjang sungai Ljubljanica. Ini part menarik, sebab jalan je sepanjang sungai.

        Ljubljana ni ibu negara Slovenia - kecil je negara ni. Penduduk pun tak ramai mana, dalam 2 juta lebih. Dikatakan Ljubljana ni antara bandar yang paling selamat di dunia - kecuali satu crime yg common; curi basikal. Tapi rasanya tak boleh lawan Amsterdam kot part basikal hilang ni. T_T 

        Nak jalan-jalan dalam bandar ni pun senang, sama ada jalan kaki or naik basikal. Bas ada tapi macam tak berbaloi je sebab walking distances semua attractions.

        Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
        Unik pokok ni.

        Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
        Ada yang kata Ljubljana ni little Amsterdam / Venice. Boleh lah.... satu sungai je tapi, kalau nak banding dengan canals Amsterdam / Venice tu.

        Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
        Rasa pokok ni cantik. Lol.

        Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
        Cuaca cantik sangat, ramai orang jalan-jalan keluar. Lagi-lagi ni malam Easter kalau tak silap. 



        Jumpa satu pasangan masa mintak ambikkan gambar. Mungkin nampak obvious kot yang saya solo-travel, bersembang lah kejap.

        "So.. you are travelling alone?"
        "Yeah."
        "Scared?"
        "Not really. There are many nice people here so far."

        And memang betul Ljulbjana ni, penduduk dia agak mesra pelancong. Tak tahu la mungkin faktor kali ni kena rely on diri sendiri for most things so memang banyak communication dengan local people. Paling rasa bersalah tapi okay je bila part ambik gambar ni. Haha kalau dapat solo-traveler jugak, dia selalunya faham dan dia akan tolong ambik gambar banyak-banyak. Angle pun berbeza. Lol

        Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
        Castle di kejauhan.

        Sebenarnya saya sesat cari jalan nak naik ke castle ni. :D Punya lah confident berjalan, dah jauh baru saya perasan saya terlepas laluannya. Patah lah balik. Haha.


        Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
        Jalan nak naik castle. Orang yang tak reti pose lain. Pose baik je lah. 

        Laluan mendaki okay je, not that steep. Tapi still mencabar, walaupun saya pakai kasut hiking winter, tapi saya rasa lagi selesa pakai sport shoes kot. 

        Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
        Tak ramai orang pun.

        Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
        Dari atas castle.. castle la antara viewpoint best sebab selalunya terletak atas bukit. 



        Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
        Flag of Ljubljana

        Satu Petang di Ljubljana, Slovenia
        Courtyard - inside the castle. 


        Castle ni letaknya atas Castle Hill, tinggi lebih kurang 360 meter. Asalnya dibina untuk kubu pertahanan tapi lepas tu baru start jadi istana. Tapi fungsi bangunan berubah-ubah ikut siapa yang menguasainya. Kejap jadi penjara, barracks, hospital tentera etc.

        Tahun 1900an, bangunan ni dibeli oleh 'Majlis Bandaraya' Ljubljana. Cadangnya nak dijadikan muzium tapi sebelum tu, bangunan ni sempat dijadikan tempat tinggal orang-orang miskin sampai 1963. Lepas tu, barulah direnovate jadilah macam sekarang. 

        Dan, sekarang jugak castle ni dijadikan tempat untuk any cultural events ataupun wedding ceremonies. As long as it is used (tak ditinggalkan macam tu je), I think it is more than enough. 




        160327
        Ljubljana, Slovenia

        160821
        SS, Perak, Malaysia

        Latest Instagrams

        © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
        主站蜘蛛池模板: 亚洲av成人综合网| 亚洲午夜久久久久久尤物| 国产一区二区三区亚洲综合| 久久精品a一国产成人免费网站| 亚洲日本国产精华液| 国产一卡2卡3卡4卡无卡免费视频| 亚洲春色在线观看| 成年性生交大片免费看| 亚洲国产成人手机在线观看 | 成人免费乱码大片A毛片| 亚洲国产专区一区| 91精品全国免费观看青青| 亚洲国产精品一区二区久久| 8x8×在线永久免费视频| 亚洲精品欧洲精品| 成在人线AV无码免费| 特级毛片全部免费播放a一级| 精品国产日韩亚洲一区| 亚洲视频在线观看免费| 亚洲国产精品久久人人爱| 日韩精品无码区免费专区| 丰满亚洲大尺度无码无码专线| 国产成人亚洲精品影院| 国产精品偷伦视频观看免费 | 亚洲日本VA中文字幕久久道具| 日本免费一区二区三区最新| 人禽伦免费交视频播放| 老汉色老汉首页a亚洲| 免费鲁丝片一级在线观看| 一二三区免费视频| 亚洲福利电影一区二区?| 国产精品色午夜免费视频| 嫩草在线视频www免费看| 亚洲国产精品人久久电影 | 久久亚洲精品无码| 天天天欲色欲色WWW免费| 不卡视频免费在线观看| 亚洲中文字幕日本无线码 | 亚洲国产中文在线视频| 免费一级毛片正在播放| 亚洲免费观看网站|