Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

        Tips Mendaki Untuk Newbies

        October 26, 2013

        Assalamualaikum semua. :) 

        Tahun kedua saya kat sini, saya baru discover satu hobi baru - mendaki. Setakat ni baru 2 kali je mendaki gunung/bukit kat Czech ni, insyaAllah more to go. Setiap pendakian tu penuh dengan pengalaman yang tak pernah sama. Macam orang yang tak hebat masak macam saya, setiap kali masak makanan yang sama, belum tentu dapat rasa yang sama. Kan? :p hahaha

        Pengalaman tu berharga, cuba cari dan ambil ibrah di sebalik apa yang berlaku. Tak semestinya perkara yang berlaku tu mesti perkara2 yang buruk. Apa-apa yang kita nampak dan rasa tu, kita boleh hayati dengan mata hati :)

        Okay, berbalik pada tajuk. :)
        (hee, saya berkongsi sekadar dari pengalaman saya mendaki kat Czech je ya, untuk pendakian setengah hari dan bukan bermalam)


        --------------------------------------

        1. Niat

        Betulkan niat. Kita nak buat sesuatu aktiviti tu untuk apa. Biasanya flow aktiviti kita agak seiring dengan apa yang kita niatkan. Cuba niat, mendaki ni kerana Allah, Dia suka kan hambaNya yang sihat, dan semua Muslim pun kena jaga kesihatan,  itu kan sebahagian dari 10 muwasafat tarbiyah kita, Qawiyyul Jismi. :)


        2. Fizikal

        Jujur saya cakap, tahap kecergasan saya tak cukup kuat untuk mendaki berterusan terutama dengan cuaca yang berbeza dengan negara sendiri. Mendaki pada suhu 1-15 darjah Celcius tu pun dah agak mencabar, belum ambil kira tahap kesukaran pendakian. Jadi, dalam seminggu dua sebelum nak pergi mendaki tu, cubalah buat aktiviti fizikal, tak kisah la korang ke gym ataupun sekadar naik turun tangga rumah. Macam saya, yang termampu ialah jalan kaki pergi balik kelas dan pergi beli belah kat Tesco tanpa naik bas.


        3. Mental

        Memandangkan fizikal tak cukup kuat, mental pun main peranan tahu. Sejauh mana kita bagitahu kat diri sendiri yang kita boleh buat, macam tu la hasilnya. Penguat semangat orang kata. Semangat tu la yang akan suruh kita bawak jugak kaki kita teruskan perjalanan.


        4. Makanan, minuman

        Sepanjang pendakian tu, macam biasalah ada tempat-tempat yang boleh jadi pit-stop. So, kat sinilah kita nak berhenti berehat sekejap. Kalau ada yang dah penat, try makan energy bar untuk dapatkan tenaga dengan cepat. Dan make sure bawak air minum. Saya suggest better bawak air yang bergula, macam teh panas dalam flask. Tak elok sangat bila badan kita dah hilang banyak air melalui peluh, pastu kita minum air kosong banyak-banyak. 

        Jangan makan masa tengah berjalan, nanti buncit. Salur darah tengah busy nak supply darah kat otot-otot, pastu kita cari pasal makan sambil jalan, bila masa darah tu nak banyak kat perut nak digest, kan?



        5. Pakaian

        Better pakaian outdoor. Kalau korang pernah tengok budak-budak kat sini, memang details sangat diorang. Nak main sukan sekian sekian, ada pakaian khas untuk setiap tu. Lain dengan saya, main lah apa sahaja, sama je pakaian sukan. Make sure pakaian yang lembut, ringan, serap peluh, dan 'berangin'. Dan paling penting, selesa dan menutup aurat. :) Kasut jenis grip dan kalau tempat yang korang nak daki tu baru lepas hujan, pakai kasut sukan yang kalis air (or separuh kalis). Mana lah tahu terpijak tanah mendap, habis dengan stokin sekali lembap. T___T


        6. Duit

        Especially untuk transport. Dalam hutan, atas bukit, gunung, tak pernah jumpa kedai ke supermarket (kat sini la ye), so, tak bawak banyak sangat pun takpa.


        7. Ubat-ubatan

        Kalau rasa kita ni jenis fragile, senang cedera, baik buat persiapan awal-awal ye. Bawaklah bandage ke, minyak gamat ke, plaster ke etc. Macam hari tu, masa daki bukit yang berbatu, pedih jugak la hujung-hujung jari ni. Kalau ada girls yang tengah menses, pakai pad overnight insyaAllah okay je :)


        8. Perancangan

        Di Czech ni, memang sangat beruntung sebab pengangkutan awam banyak cover the whole country, sharp on time dan taklah mahal sangat. So, sebelum bertolak, rancang dulu, nak pergi balik pukul berapa, nak naik apa, kalau ada transit train nak tukar kat mana etc etc. Then, kalau boleh, pergi berteman, seelok-eloknya ada seorang orang tempatan. Sebab dia lagi mahir dengan bahasa dia sendiri dan selok-belok hutan dia. 

        Check siap2 waktu solat dan bawak kompas. Baju dah menutup aurat kan, korang boleh guna untuk solat terus. Yeay

        --------------------------------------

        Setakat tu je la kot. :)

        Oh ya, kamera jangan lupa. Hehe.

        Parents sayabanyak kali pesan, kalau nak pergi somewhere or nak buat something, jangan ingke. Ni bahasa Perak kot, ingke tu maksudnya jangan overconfident, jangan overexcited. Saya dah pernah rasa apa yang jadi bila kita ingke, nauzubillah, mintak dijauhkan. :( Doa banyak-banyak semoga Allah lancarkan perjalanan kita, kuatkan semangat kita. 



        "Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sulit itu?" - Al-Balad 90:12

        Bukak terjemahan masing-masing hihi <3

        Till next entry, jumpa lagi. :)
        Semoga bermanfaat.  

        Ad-Deen, Buzulucka
        131025
        2105

        Latest Instagrams

        © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
        主站蜘蛛池模板: 亚洲美女视频免费| h在线观看视频免费网站| 国产一区二区三区在线免费 | 亚洲国产成人精品无码区二本| 在线看片免费人成视久网| 久久亚洲精品人成综合网| 69视频在线观看高清免费| 久久亚洲精精品中文字幕| 最近免费中文字幕大全免费| 亚洲高清在线mv| 99久久综合国产精品免费| 亚洲精品女同中文字幕| 国产精品公开免费视频| 精品女同一区二区三区免费播放| 亚洲国产电影av在线网址| 一级毛片免费观看不收费| 久久香蕉国产线看观看亚洲片| 久久久久国色av免费看| 亚洲午夜一区二区电影院| 在线精品免费视频| 成人一级免费视频| 亚洲精品免费在线观看| 免费人成视频在线| 免费看一级毛片在线观看精品视频| 国产精品亚洲mnbav网站 | 免费一级成人毛片| 久久国产乱子精品免费女| 亚洲午夜电影一区二区三区| 国产精品嫩草影院免费| a级精品九九九大片免费看| 亚洲欧洲高清有无| 亚洲Av无码乱码在线znlu| 久久免费高清视频| 亚洲欧美成人av在线观看| 国产亚洲精aa成人网站| 免费可以看黄的视频s色| 特a级免费高清黄色片| 亚洲综合综合在线| 亚洲国产成人精品91久久久| 最近免费mv在线电影| 粉色视频成年免费人15次|