Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

        Bila Mamat Kanada Rasa Jajan Malaysia

        June 1, 2016

        Saya baru lepas jalan-jalan kat YouTube dan nampak recommended video ni :)

        Nah, tengok dulu yep.



        Tersenyum sendiri tengok reaksi orang makan makanan dari Malaysia ni :) Selalu nampak reaksi kawan-kawan bila dihidangkan makanan kita, memang menarik reaksi tu. Haha. Dari yang menangis sebab pedas, ada yang menangis sebab sedap sampai ada yang minta resepi. Paling senang nak buat, saya rasa kek batik lah kot. Hampir setiap tahun akan ada kek batik ni. 

        Habis je tengok video ni, saya rasa macam.... hmmm "lama sangat ke aku ni duduk luar". "Banyaknya jajan yang aku tak pernah makan"

        Hahaha. 

        Saya tahu beberapa jajan je yang mamat ni review.

        1. Upin Ipin My Ikan 
        Comel je mamat ni sebut mi ikan. Muka dah la nak sama macam Ipin. Lol

        2. Sour + Lot 100 Orange Flavoured Gummy
        Serius ni masam oh!

        3. Makanan Pilihan Kacang Bijan
        Hahaha, the best pronunciation! peanut covered in teriyaki barbecue chips coating. Haha

        4. Salt & Lemon Candy
        I've no idea about this candy. Haha. He doesn't like it!

        5. Corntoz Perisa Smoky BBQZ

        6. Makanan Pilihan (apa entah makanan ni)

        7. Bika Chicken Flavoured Snacks
        Tengok ni, jadi homesick tiba-tiba. T_T It sounds good to put it into soups, though!

        8. Haw Flakes
        OMG, I love this one!! Haha, tengok macam mana cara dia makan, fuh saya makan sekeping sekeping kot.

        9. Perfecto Popcorn Chocolate In Love


        Jajan yang saya expect dia review sebenarnya
        - keropok bantal Tam Tam
        - Tora, Ding Dang (ada lagi kan benda ni?)
        - Mi Mi Snek Perisa Udang
        - Super Ring


        Baru perasan, ni semua jajan popular masa generasi saya T_T
        I can feel the age gap now.


        Saya rasa benda paling penting dalam buat Taste Review macam ni ialah reaksi dan macam mana kita nak describe rasa tu. :D Kalau setakat "Oh, sedap" tak ramai yang berminat. Kalau dapat bagi analogi, wahhhh you will have me as your fan. Saya suka analogi :)




        Saya teringat kat kartun dari Black Jellyfish ni, masih viral kat FB rasanya. Mujur kawan kat sini bukan jenis membandingkan negara terang-terang macam budak dalam ni. -_-' That word 'than Malaysia'. Fuh, makan dalam kot. Mungkin sebab tak berapa salah pun apa yang mat saleh ni comparekan. Kan? T_T
        p/s - Eh, dah bulan Jun!
        S.K. Neumanna, HK, Czech
        160601

        Bila Kena Saman...

        May 31, 2016

        ...dengan perasaan insaf, saya bayar je lah. T_T

        Kat Malaysia sendiri pun, alhamdulillah rekod saya bersih lagi. Walaupun bawak kereta parents, setakat ni belum ada saman yang saya pemandunya. Ni pertama kali saya kena saman sepanjang saya ada lesen memandu ni. Haaa, terhasillah post kali ni.

        Post ni sekadar kenangan dan pengajaran untuk saya :)


        Kenangan Kena Saman di Turnov, Czech


        Nah Nina, ingat speed limit ni ha.

        Jalan dalam pekan / bandar 50km/h

        Jalan luar pekan / bandar 90km/h

        Lebuh raya 130km/h

        Kita highlight besar-besar.


        Kenangan Kena Saman di Turnov, Czech
        Surat saman itu. Over limit 62km/h - sepatutnya 50km/h sahaja.



        Sehari selepas trip tu, orang kereta, M call katanya dia dapat surat saman. Saya macam 'ahaaaaa' je lah, masa M call ni saya dalam train ke Prague, bunyi train lagi kuat dari suara dia. Nak jumpa... ahaaa. Esok boleh... ahaaa. 

        Saya memang selalu sewa kereta dekat M ni, dan sekarang bila sewa memang dia terus bagi kunci, takde rekod apa-apalah kiranya, deposit apa semua tak perlu bayar. So far, this car rental service is the best. Even boleh request untuk sewa kereta separuh hari. 

        Oh, hari esoknya deal dengan M untuk jumpa masa sekian-sekian untuk bayar saman. M kata dia hantarkan kawan dia, T untuk jumpa saya. Saya nervous part ni, terbayang-bayang nak kena pergi balai polis ke apa-apa ke. Exaggerate. Orang tak pernah kena saman, macam ni lah. Siap bawak passport, residential permit, lesen memandu Malaysia, permit memandu antarabangsa bagai.

        End up, sebenarnya jumpa je T dan bagi dia duit, dia bayarkan. 

        Sebabnya surat saman ni atas nama syarikat kereta sewa ni. :) Fuh, lega. Saya pernah jugak berurusan dengan T. Biasanya setiap kali M hantar kereta, T akan ikut sekali dengan kereta lain untuk bawa M balik pejabat. 

        Tebal jugak surat saman ni, ada dalam 4 helai. Sebelum bayar, T terangkan dulu pasal surat saman ni. Nak tahu kenapa sampai 4 helai? Sekurang-kurangnya ada 4 gambar saya tengah memandu dalam tu. HAHA.

        "I'm sure this is you", kata T sambil sengih.

        Serius, memang saya gelak habis. Sebab memang obvious muka saya kat tempat driver tu. 

        Kenangan Kena Saman di Turnov, Czech
        Gambar yang priceless. 

        Settle bayar, T bagi surat saman ni kat saya. "This is a present for you, for memories." Sengih dia tu memang saya takkan lupa lah.

        HAHAHA

        Taktahu la dia memang buat salinan nak bagi untuk rekod saya ataupun bagi pengajaran.

        Tapi takpelah, kenangan untuk saya jugak. 

        1000 kc untuk 4 gambar atas jalan raya macam ni. Jadi positif sikit akhir-akhir ni. :p

        Insaf.

        S.K. Neumanna, HK, Czech
        160530

        Trdelník Ice Cream - Dessert Yang Popular di Prague, Czech

        May 30, 2016

        Trdelník ni sejenis pastry ataupun dessert yang boleh katakan famous kat Czech ni. Sebenarnya, korang boleh jumpa trdelník ni kat negara lain jugak - macam Austria, Slovakia, Jerman pun. :) Kat Malaysia pun dengarnya dah ada trdelník - kat Pavilion. Boleh try cari ea.


        Trdelník Ice Cream - Dessert Yang Popular di Prague, Czech


        Apa yang sedapnya? 

        Nama pun dessert, majoriti orang akan kata sedap. Haha. Trdelník ni awalnya dulu banyak dijual masa Christmas Market je, terutamanya kat bandar saya ni. Macam sekarang, kalau nak makan trdelník, kena ke Prague. :D 

        Saya pernah berkongsi dalam beberapa post-post sebelum ni.


        Trdelník di ?esky Krumlov, Czech


        Sejak wujudnya trdelník versi yang berisi ice cream, semakin banyak stall trdelník kat Prague ni. Tapi diorang jual versi biasa, setakat ni versi yang berisi ice cream etc ni ada kat satu kedai je - Good Food namanya

        Trdelník Ice Cream - Dessert Yang Popular di Prague, Czech
        http://goodfood-karlova.cz/
        Trdelník Ice Cream - Dessert Yang Popular di Prague, Czech

        Trdelník versi ice cream ni memang nampak trendy untuk orang yang ala-ala hipster ni. :)

        Yang saya beli namanya Chimney Blizzard (with soft ice-cream) dan memang sedap ice cream nya :D Trdelník nya pulak hmmm kurang sedap sikit, mungkin sebab kembang sikit dek ice cream. Tapi, overall saya boleh bagi 8/10 :D

        Untuk yang suka whipped cream, boleh try Chimney Cream. 

        Chimney Twister tu nampak unik sangat, cuma takleh makan sebab ada ham dalamnya. Tak dapat nak imagine something sweet macam ni makan dengan ham. -_-' Haha

        Trdelník Ice Cream - Dessert Yang Popular di Prague, Czech
        http://goodfood-karlova.cz/?page_id=5197

        Ada satu masa dulu, trdelník yang paling up ialah berperisa nutella. Fuh, memang excited dibuatnya untuk peminat Nutella. Sampaikan ada yang siap bawak nutella sendiri, pastu tambah extra kat trdelník sebab rasa tak cukup. :) 

        Boleh la try letak ice cream sendiri jugak. Hihi. Tambah 50kc untuk ice cream tu, dah boleh beli ice cream Tesco bekas yang besar sebenarnya. 

        Zaman sekarang ni - style tu yang orang tengok kannn.... 

        Tapi, sekali sekala okay je. Bukan selalu pun kannnnn. Sila sila :D

        Trdelník Ice Cream - Dessert Yang Popular di Prague, Czech
        http://goodfood-karlova.cz/?page_id=5199

        Kalau korang berjalan ke Prague, boleh ke kedai ni yea. Alamat ada dalam gambar kat atas. Basically landmark nya ialah kedai ni sangat dekat dengan Charles Bridge (Karluv most). Letaknya antara Charles Bridge dengan Old Town. 

        Rindu cendol, ais kacang, coconut shake....
        Malaysia, see you by this Raya, ameen!

        Okay koranggg, 
        Till next post, insyAllah.

        S.K. Neumanna, HK, Czech
        160530

        Kecewa dengan Diri Sendiri

        May 26, 2016



        Sekarang ni dah nak masuk musim panas, maknanya siang dah semakin panjang. Memang mujahadah sungguh bab solat ni, especially Isyak dan Subuh. Setakat hari ni, Subuh ialah seawal 3.15 pagi, Maghrib nak dekat pukul 9 malam, Isyak pulak 10.30 malam macam tu.

        Siang panjang ni bestnya sebab banyak kerja boleh selesaikan. Nak bergerak kat luar pun, lebih banyak masa boleh diluangkan. Dan kita akan kurang tidur sebab malam pendek.

        Cumanya, kadang-kadang, selesai je Maghrib boleh jadi terlelap dan sedar-sedar lagi sejam nak masuk Subuh. Mujur sempat solat Isyak. Kalau lambat lagi, entah-entah Isyak, Subuh hanyut. T____T

        Syuruk Hradec Kralove, Czech
        Syuruk - 5 pagi 13 May 2016

        Semalam paling rasa nak menangis. Memang dah plan nak stay up sampai Subuh dan tidur lepas tu. I managed to stay awake tapi terlelap lagi beberapa minit nak Subuh. Kecewa sangat dengan diri ni T_T

        Itu lah Nina, selalu sangat bergantung dengan housemate untuk Subuh ni. T___T
        Sekali housemate tak boleh solat, gelabah terus.



        Dan milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan sesungguhnya, Kamu telah memerintahkan kepada orang yang diberi Kitab suci sebelummu dan (juga) kepadamu agar bertakwa kepada Allah. Tetapi jika kamu ingkar maka (ketahuilah), milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.


        Dan milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Cukuplah Allah sebagai pemeliharanya. (Nisa' 4:131-132)



        Betapa Allah tekankan betapa Dia Berkuasa. 

        Fuhhh, mujahadah sungguh! Go go Nina! Kita cari jalan lain untuk Subuh ni. Contohnya, tidur rumah orang lain. Haha. 

        Saya bukan jenis tidur lepas Subuh, tapi tak mampu dah setiap kali malam pendek macam ni. I need to change my sleep cycle. 

        Fighting! Moga Allah bantu!

        S.K. Neumanna, HK, Czech
        160526

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        May 25, 2016

        Actually, the hill is not very high but still, I need to hike a bit to get to the castle. Unless I have a car :)

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia


        26th March 2016

        Selesai solat Subuh, terus ke dapur untuk prepare sarapan. Sarapan pagi tu ialah ramyun yang sepatutnya ramyun ni untuk makan malam lepas balik dari Bohinj. Tapi, tidur agak awal malam tu. Mungkin sedap dapat nikmat empuknya katil lepas semalaman di atas bas dan jalanan. Hehe. 

        Okayyy, plan utama hari ni ialah ke Vintgar Gorge. Bersemangat lebih untuk ke sini walaupun officially dikatakan tutup. Tapi sebab semalam tak dapat ke Mostnica Gorge dekat Bohinj tu, kena usahakan jugak yang Vintgar Gorge ni :) 

        Dan yang menariknya lagi sebab insyAllah akan ke sana dengan basikal. Wohooooo. Part Vintgar Gorge ni akan ada post special untuknya.

        Kembali pada Bled Castle.

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia


        Sementara tunggu orang hostel untuk dapatkan basikal, saya ambil kesempatan 2 jam pagi ni untuk berjalan-jalan di sekitar Bled Castle. Castle Hostel 1004 ni sangat dekat dengan Bled Castle. Saya jalan sepanjang jalan namanya Grajska cesta dan nampak satu signboard ni.

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        I am getting closer. Yeah.

        Tak de orang pun masa nak mendaki ke castle ni. T_T Nak ajak kawan sebilik kat hostel, masing-masing nyenyak dibuai mimpi. Mungkin awal pagi sangat kot untuk diorang.

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        Sampai je kat atas, akan jumpa kawasan macam ni - ala-ala taman macam tu. Kawasan bertentangan dari tempat gambar di diambil ialah kawasan parking. Dekat sini jugak ada laluan untuk masuk ke dalam castle. 

        I bet the view will be amazing in other seasons. :) Hehe, sebabnya masa ni pokok memang takde daun macam tu lahh, tinggal ranting je. 

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        Gate to the castle.

        Menarik gatenya. Dalam movie selalu tengok pasal pintu yang jadi bridge bila dibuka. Sama la macam kat sini. Pagar macam ni dipanggil drawbridge.

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia
        Drawbridge

        Masa saya sampai ni, dalam 8pagi macam tu. Rombongan pelancong dah mula berkunjung ke sini berjemaah dah. :)

        Oh ye, Bled Castle sekarang ni meliputi muzium, kedai souvenirs, restaurant, bar, cafe, etc. Nak masuk Bled Castle ni, kena bayar entrance fee - dalam EUR 5 (kanak-kanak), EUR 7 (pelajar), EUR 10 (dewasa) - rujuk sini :)

        Rasanya dibuka setiap hari, cuma opening hours tu berbeza ikut musim. 

        Tips menarik kat sini.

        Korang boleh masuk Bled Castle secara percuma kalau korang ada buat reservation makan kat sini. Nampak macam tak berbaloi kan sebab sah-sah makan kat sini macam mahal kan. Tapi kalau korang teringin nak makan dengan background secantik gambar kat bawah ni, why not? :D

        If you book your lunch or dinner in advance, we will provide you with free entrance to Bled Castle. - Bled Castle Restaurant

        Ada orang kata, reserve je restaurant untuk dapat free entrance, pastu beli kek tradisional dalam EUR 5 (dengar dari pengalaman backpackers lain je) - nampak macam masih berbaloi kan? 

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia


        Cantik kannnn :D

        Untuk yang teringin nak tahu sejarah Bled Castle yang dikatakan istana tertua di Slovenia ni, boleh rujuk sini. Lengkap! 

        Kalau perasan, banyak istana kat Eropah ni letaknya atas bukit. Kalau kat Kuala Kangsar pun, istananya kat atas Bukit Chandan kan. Strategiknya atas bukit ni ialah sebab susah orang nak access. Nak serang pun, kena naik bukit dulu kan - dah makan masa dan sah-sah orang kat istana tu boleh detect. 

        "The true reason to visit the castle is the view" - TripAdvisor

        Saya setuju. 

        Dan disebabkan view kat sini antara yang spectacular - itu yang menjadikan Bled ni tempat perjumpaan / meeting orang bangsawan atau orang berpangkat. :)




        Sekitar Bled Castle, Slovenia
        Tadaaaaa.

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        Kalau susuri jalan kat area gambar atas ni, korang akan sampai ala-ala pathway hiking sikit, tapi sebenarnya tak hiking lagi pun. Dan disajikan pemandangan macam kat bawah ni :D

        The best part of random exploration.


        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia


        Kat kamera saya pegang tu, nampak kan ada batang stripes hitam putih tu kann. Itu lah antara inovasi yang best untuk self-traveler. Tu sebenarnya mini-tripod - ada juga yang panggil kaki sotong. Sangatlah fleksibel sampaikan nak sangkut kamera kat dahan pokok pun boleh :D 

        Cuma, boleh guna untuk compact camera je la kot. Saya tak rasa dia kuat sangat untuk tampung DSLR etc. Ataupun mungkin ada versi mahal sikit tapi lebih kukuh :)


        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        Turun dari Bled Castle melalui tangga pulak.

        Nampak kosong kan? Iye, memang takde orang T_T

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia


        Sekitar Bled ni, memang berjalan kaki je. Suka juga dengan kawasan perumahan dia. Saya minat sangat dengan attic, entah la apa sebab spesifiknya. Cuma saya rasa, bila rumah tu ada attic, maknanya rumah tu menggunakan ruang yang ada sebaiknya. Hehe.

        Saya pun tak pasti kenapa rumah kat Malaysia, bahagian bumbung (antara atap dengan siling) tu mesti penuh dengan wiring. 

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        Kawasan Bled ni mengingatkan saya dengan suasana Switzerland. Bayangkan duduk dalam rumah macam ni, setiap hari menghadap gunung-ganang begini :D

        Rumah saya kat Perak tu pun menghadap gunung jugak - Banjaran Kledang lagi. Tapi, sayangnya rakus sangat orang-orang kita menghakis gunung-gunung ni. Gondol rupanya dah T_T


        Sumber Rujukan:

        1. http://www.bled.si/en/what-to-see/cultural-sights/the-bled-castle
        2. http://www.blejski-grad.si/en/

        S.K. Neumanna, HK, Czech
        160525

        Menikmati Pemandangan Sekitar Lake Bohinj, Slovenia

        May 23, 2016

        Selesai kesejukan di Mount Vogel, ayuhlah kita turun semula ke kaki gunung. :D 

        Saya malas nak tunggu bas dan alang-alang dah sampai sini, saya ambil keputusan untuk jalan dari stesen kereta kabel ke salah satu spot popular di Lake Bohinj ni. 

        Menikmati Pemandangan Sekitar Lake Bohinj, Slovenia
        Inilah antara pemandangan menarik kat Bohinj 

        Sebenarnya bangunan kat dalam gambar tu ialah gereja. Panjang namanya - Succursal Church Of The Holy Spirit By The Lake. Hehe. Saya takdelah berminat sangat dengan gereja ni, cuma view sini memang nampak cantik. Awal-awal saya nampak gambar orang lain share yang sebijik macam ni, saya tak sangka pun itu gereja. 


        Menikmati Pemandangan Sekitar Lake Bohinj, Slovenia

        Oh yea, jarak dia errrr nak dekat 5km jugak -_-'

        Memang menarik bila berjalan sepanjang tasik ni, lagi-lagi bila muka bagai dihembus bayu tasik. Lol. Entahlah, mungkin sebab tasik ni macam bersih jernih gitu, tenang dibuatnya. 

        Mula-mula, rasa teruja nak jalan kaki ni. Jalan berhenti layan mata jalan balik berhenti balik ambik gambar pulak. Tengah-tengah perjalanan tu, tiba-tiba diselubungi rasa sunyi. Walaupun ada je orang lalu lalang. Haha, mungkin sebab jalan seorang kot. Nak dengar lagu, kena jimat bateri phone. Alahai. Dan mungkin langkah saya pendek, banyak je orang lain potong saya. Dah cuba panjangkan langkah tapi tak terkejar T_T 

        Lumrah seorang berlangkah pendek.


        Menikmati Pemandangan Sekitar Lake Bohinj, Slovenia

        Air kat sini sangatlah sejuk, yang menariknya lagi sebab tasik ni berpasir ala-ala pantai tepi laut tuuu :)

        Nah, kita layan beberapa gambar sepanjang saya berjalan. Nampak gloomy sikit, ni lumrah kalau travel end of winter, early spring macam ni :D


        Menikmati Pemandangan Sekitar Lake Bohinj, Slovenia

        Look at the mountain :D Saya rindu sangat view mountains macam ni. 


        Menikmati Pemandangan Sekitar Lake Bohinj, Slovenia

        Nak ambil gambar sendiri, kena set timer je. ^_^


        Menikmati Pemandangan Sekitar Lake Bohinj, Slovenia

        Kat sini, boleh berjalan dengan tenang tak perlu risau kenderaan lain. Jalan untuk pejalan kaki terasing dengan jalan kenderaan. Rasanya basikal pun boleh lalu yang untuk pejalan kaki ni. 


        Menikmati Pemandangan Sekitar Lake Bohinj, Slovenia

        Sepasang manusia yang berjalan laju. Tak dapat saya nak kejar.


        Menikmati Pemandangan Sekitar Lake Bohinj, Slovenia

        Orang hostel pernah cakap yang Bohinj ni ialah pekan hujung, kiranya jalan akan berakhir kat kawasan ni (lebih spesifik kat Slap Savica / Waterfall Savica). Jadinya, hitch-hike agak popular di kawasan ni lebih-lebih lagi untuk sesiapa yang terlepas bas balik ke Bled. Sebabnya kalau orang dari Bohinj nak keluar memang akan lalu Bled untuk ke bandar lain.

        Macam yang saya kongsikan dalam post sebelum ni yang Slap Savica ni pun famous jugak. Kalau korang datang Bohinj, pergi Slap Savica ni taw :D


        Menikmati Pemandangan Sekitar Lake Bohinj, Slovenia

        Nampak tak ada manusia kat atas batu tuuuu?

        Dia tengah rock-climbing! :D Menarik sangat!


        --------------

        Dan alhamdulillah, selamat sampai ke jambatan ni :) 

        Menikmati Pemandangan Sekitar Lake Bohinj, Slovenia

        Kawasan ni agak ramai orang, mungkin sebab banyak hotel sekitar ni agaknya. Tourist center, supermarket pun kat kawasan ni jugak. Masa saya sampai sini, nampak satu bas dengan nombor plat dari Czech. Teruja jugak tapi rupa-rupanya satu bas tu penuh dengan orang Korea. Fuhhhh. Patutlah muka familiar. Hehe. 


        Menikmati Pemandangan Sekitar Lake Bohinj, Slovenia
        Ni lah supermarket kat sini. Mercator.


        Kalau korang melintas jambatan tu dan sambung jalan lagi, korang boleh sampai Mostnica Gorge. Saya dah plan nak ke sini, dah jalan jauh dah....malangnya saya sesat. Haha, hari makin gelap pulak tu, handphone pulak dah nyawa-nyawa ikan. Dah-dah, kembali lah saya ke jambatan ni :D 

        gorge. (g?rj) A deep, narrow valley with steep rocky sides, often with a stream flowing through it. Gorges are smaller and narrower than canyons and are often a part of a canyon. - The American Heritage® Science Dictionary.

        Menikmati Pemandangan Sekitar Lake Bohinj, Slovenia
        Top Posts on Instagram #mostnicagorge


        Cantik tempatnyaaaa :) Takde rezeki ke sini, tapi....saya dapat ke gorge lain keesokan harinya. Yeay, alhamdulillah!


        Menikmati Pemandangan Sekitar Lake Bohinj, Slovenia

        The other side of the lake :D


        Menikmati Pemandangan Sekitar Lake Bohinj, Slovenia

        Picture of the day. :D

        Saja nak bagitahu lagi sekali yang Lake Bohinj ialah tasik terbesar di Slovenia! Saiz dia lebih kurang 4.1 km (panjang) X 1.2 km (lebar) X 45 m (kedalaman) Walaupun begitu, tasik ni tak sepopular Lake Bled. 

        Dalam TripAdvisor, saya tertarik dengan komen yang bertajuk Bled for novice; Bohinj for true travellers 

        Bukan nak kata orang tu bukan true travelers kalau dia pergi Bled je, cuma kalau ke Bohinj ibarat bonus lah :) Kalau dapat ke dua-dua tasik ni, terbaik! 



         ----------------------------

        Ni ada beberapa link untuk rujukan:

        S.K. Neumanna, HK, Czech
        160521

        Latest Instagrams

        © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
        主站蜘蛛池模板: 四虎在线播放免费永久视频| 免费中文字幕在线| 最新亚洲成av人免费看| 亚洲乱码一区av春药高潮| 老司机精品免费视频| 免费人成视频在线| 久久久久亚洲精品美女| 精品在线视频免费| 成人免费一级毛片在线播放视频| 亚洲无人区一区二区三区| 风间由美在线亚洲一区| av无码久久久久不卡免费网站| 国产亚洲综合网曝门系列| 国产午夜亚洲精品不卡免下载 | 激情小说亚洲图片| 午夜福利不卡片在线播放免费| 亚洲成AV人在线观看天堂无码| 免费一级毛片在线播放放视频| 德国女人一级毛片免费| 亚洲第一成年人网站| 免费国产在线视频| 久久久青草青青国产亚洲免观| 亚洲精品无码aⅴ中文字幕蜜桃| 黄在线观看www免费看| 久久久久久a亚洲欧洲AV| 久久久久久国产a免费观看不卡| 国产免费av片在线无码免费看| 亚洲AV一二三区成人影片| 18禁美女黄网站色大片免费观看| 亚洲熟妇无码八AV在线播放 | 两个人日本免费完整版在线观看1| 免费A级毛片无码A| 亚洲色大成网站WWW国产| 无码国产精品一区二区免费式影视 | 亚洲成人网在线观看| 无码国产精品一区二区免费3p | 在线播放亚洲精品| 日韩一区二区免费视频| 亚洲欧洲精品成人久久曰| 成人黄动漫画免费网站视频 | 少妇亚洲免费精品|