Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

        Hasil Kutipan Chestnut (Buah Berangan)

        September 29, 2012



        Kutip kat taman depan bangunan rumah. 

        Heee tapi aktiviti ni terpaksa anggap sebagai aktiviti beriadah pagi-pagi je. Bila end up tak tahu nak masak macam mana chestnut tu. Dah google around dah. Ada 4 cara dan dah pilih untuk boil je memandangkan tu cara paling selamat dan senang. Takut jugak karang letak dalam oven/microwave, meletup nanti, naya. :p

        Bakar dalam arang panas? Tak rajin haha :p 

        Bila dah siap rebus tu, try rasa satu. Ya Allah, pahit yg teramat sangat sangat sangat. Kalah peria tahu. Mahunya 3-4 kali ganda pahitnya.

        So, kitorang expect salah cara masak la ni. 

        Then, abaikan kejap chestnut tu. Heee. Lepas tu, senior yang sama sekali kutip chestnut pergi la google image chestnut. Dan tadaaaaaa, baru la tahu chestnut ni ada 2 jenis utama.

        Satu, boleh dimakan dan satu lagi, tak boleh dimakan.  

        Hambekkkk.

        Confirm ke yang dikutip tu edible? HAHA

        credit to http://tree-species.blogspot.cz/2009/03/edible-chestnuts-vs-horse-chestnuts.html

        Yang edible ni rupa buah dia macam rambutan sikit.

        credit to http://tree-species.blogspot.cz/2009/03/edible-chestnuts-vs-horse-chestnuts.html


        Ha, ni la dia buah chestnut yang ditunggu2 pagi semalam. T___T

        Menunggu dia jatuh dah ala-ala menunggu durian gugur. Siap baling kayu bagi dia jatuh. Adoiii, tak dapat makan jugak akhirnya. So, disebabkan tak yakin yang dikutip tu edible, baiklah ambik langkah berjaga-jaga untuk tak makan. :(

        p/s - Tapi kenapa orang Czech semangat sangat kutip niiiii? Aih, curious!



        Ad-deen, Buzulucka
        120929
        S.K.Neumanna, HK, Czech
        160309

        Suka Duka Dubai-Prague-HK

        September 20, 2012


        Lepas membeli unta comel kat Duty Free Shop, terus cari gate untuk flight ke Prague. Emmm, bila tengok ramai orang Czech, baru la terasa Saya nak sampai Czech dah rupanya. Masa kat KLIA dulu, just rasa ohh nak pergi jalan2 je ni. Tiba-tiba rasa berat hati nak balik Czech, dengan credit exam Biology menanti 4 hari lepas jejak bumi Ceska, nak unpack things kat rumah baru, prepare mental nak masuk 2nd year insya-Allah. 



        Insiden lain pulak berlaku masa atas flight ke Prague ni. Another first experience.

        Masa tu saya tengah leka tengok movie, volume pun agak kuat sampaikan pramugara datang tanya nak pilih makanan apa pun saya tak dengar. Tiba-tiba je, ada orang menjerit. Ada seorang wanita ni kena sawan, dan yang merisaukan sebab dengarnya dia tengah pregnant. Seat dia tak jauh sangat. Saya memang takde pengalaman langsung tengok orang kena sawan, so memang saya terkejut yang teramat. Terbayang-bayang dah nak kena emergency landing kat mana-mana sebab wanita tu tak sedar diri. 

        Pramugara/i semua kelam kabut sampai kena buat announcement calling for any medical team. Saya mampu tolong tengok, tak tahu nak buat apa pun ;(   


        Lepas 20-30minit macam tu baru dia sedar. Rezeki ada banyak passenger yang doktor, keadaan kembali terkawal lepas tu. Kagum dengan doktor yang rawat tu, sangat tenang. Dengan stethoscope siap bawak alat ukur tekanan darah lagi T_T


        Sampai Ruzyne Airport, Prague. Terharu sangat bila ada kawan datang jemput. Jazakillah khairan katheera Zie. :) <3

        Nak balik Hradec Kralove dari Prague pun fikir banyak kali nak guna transportation apa. 3 pilihan - naik bas Student Agency kat Cerny Most, naik bas kat Florenc, naik train kat Hlavni Nadrazi. Semua tu ada pro cons dia. End up, pilih untuk naik bas yang kat Florenc tu. Tu yang paling murah antara semua dan paling senang 'kot'. :p Haha. Entahlah, tak sure sangat. Yang penting masa tu, tak perlu berpenat lelah nak angkat luggage 32kg tu naik tangga apa-apa :p Tolak tarik saja.

        Sekali...salah naik bas rupanya. :p

        Rezeki destinasi dia ke Hradec Kralove jugak, cuma bas tu tiket dia tak murah seperti yang dirancang. Heee. Dan perjalanan dia lama sikit dari biasa. 

        Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak ke Addeen baru nak dekat Maghrib :) Oh ye, Addeen ni nama rumah kitorang. Kat sini kebanyakan rumah diberi nama, hehe senang nak guna. Raudhah, Mus'ab, Saladin etc. Terima kasih jugak tuan rumah sebab tolong angkat beg yang super berat tu. :)


        Stocks for another year 

        Assalamualaikum

        Ad-deen, Buzulucka
        120920
        0030 

        Suka Duka KL-Dubai

        Sungguh kenangan seumur hidup.

        Selesai check in luggage nak dekat pukul 6 petang. Terima kasih kakak Emirates, bagi lepas jugak luggage walaupun dah terlebih berat. 32.2kg. Belum masuk cabin luggage. Beg roda dah nak 15kg, backpack pun mahunya 10kg. Gagah perkasa sungguh rasanya. Hee, padahal pelajar lain pun biasa macam tu. Lumrah. :p

        Sempat makan2 ayam KFC untuk terakhirnya hingga ketemu tahun hadapan. Nak 6.15petang, dah ada "calling for flight EK" bla bla bla. Alahai, sekejap je lagi masa nak melepaskan rindu kat keluarga, 6.30 dah boarding. Risau jugak kalau terlepas flight. Nak lepas security check, naik aerotrain bla bla kalau tersesat mana2, tak ke naya tu. Ye la, travel seorang, haruslah get prepared for the worst.



        Flight sepatutnya take off pukul 7.30. Boleh pulak ada orang bertengkar kat atas flight tu. Haihh. Bukanlah tahap gaduh2 tumbuk2 tu. Ada satu group ni marah bila seat yg dia kata dia punya tu dah ada orang lain duduk. Bila check boarding pass, terbukti lah orang yang tengah duduk sekarang tu memang seat dia. Group tu pulak takde boarding pass. Saya tak faham sangatlah kisah dia macam mana, tapi end up group tu duduk berpecah la, seorang sana, seorang sini. Kecoh betul masa tu, delay jugak sekejap. :p




        Everything was fine masa sampai Dubai. Serius gegas ke kaunter passport control sebab takmahu sejarah berulang kembali. Haha. Memang cepat jugaklah saya lepas keluar. Alhamdulillah. Terus pergi shuttle ke hotel, bla bla bla dan seterusnya sampai keesokan hari.

        Check in for the next flight to Prague.
        Then, the bad scenario in my life began T__T

        Cabin luggage kena tahan dengan kastam. Takut tu memang tak dapat nak ungkap dengan kata-kata. Gara-gara mentol Philips E14 yang dibawak dari Malaysia untuk kegunaan belajar dikesan dalam xray security tu. Aduhai, pelik sungguh airport2 kat dunia ni berbeza rules. Kat Malaysia lepas je, kat Dubai sangkut pulak. Fine. Itu rules diorang.

        Adegan yang tak pernah saya bayangkan seumur hidup berlaku. Pergh. Tak pernah begging orang sebegitu rupa sekali. With lots of people around watching me begging to the custom officers to let me go WITH my bulbs. Pegawai kastam tu tak berani nak lepaskan, then dia pergi tanya kat polis yang bertugas. Bila dia datang balik dengan gelengan, terus sebak teramat membayangkan mentol2 tu akan dirampas. T__T



        Erkk. Bila fikir balik, mentol je pun T__T

        Alhamdulillah, pegawai kastam tu baik hati jugak, takde ambil terus. Dia suruh bincang dengan polis tu. Beg-beg semua dah tinggalkan kat kastam. Redha. Discussion sekali lagi bertukar menjadi sesi begging diiringi air mata. Sila bayangkan betapa payahnya nak jumpa mentol putih kat Czech tu ha sampai sekarang tak jumpa2. Semua stok ala2 suram hidup segan mati takmahu.

        Silap sendiri mungkin sebab tak ambil tahu rules kat airport orang. Silap sendiri jugak letak mentol dalam cabin luggage. 

        Oh, begging dengan polis tak berjaya. Hampa tu memang emmm. Haihhh. Masih dengan mata yang basah, dengan redhanya saya pergi balik ke kastam tu dan keluarkan lagi mentol yang ada. Tapi ada simpan lagi kat bawah2 tu dengan harapan kastam tak tanya berapa banyak yang saya bawak. Huhu. Tanya jugak..... T_T Doa doa doa dalam masa yang sama, pegawai kastam tu lepaskan jugak. Alhamdulillah. 

        Okay Nina. Mentol putih dah ada, Sila study dengan efektifnya!


        Beli unta comel ni lepas mood ke laut hari tu :P

        --------

        Entry ni dah ada dalam draft hampir seminggu. Maaf lama tak mengupdate. Mungkin tengah kurang berminat untuk berblogging. Heee. Nak ditutup rasa sayang.

        Jumpa lagi! :)
        Assalamualaikum

        Ad-deen, Buzulucka
        120919
        2130

        Edited 160810
        SS, Perak, Malaysia

        self - traveler

        July 16, 2012





        Ini muzeum kat Prague, kalau naik metro line hijau, boleh la turun kat sini (Muzeum) or Mustek utk jalan2 kat tengah2 bandar Prague ni (area banyak kedai2 branded n most of souvenirs). Emm, boleh jugak jalan kaki dari sini ke Charles Bridge, cuma aku tak ingat jalan. Hehe. Memandangkan kesuntukan masa, kitorang pergi jugak Charles Bridge tapi naik tram. Weee, boleh tak nak cakap dah 10 bulan duduk Czech, baru ni 1st time naik tram kat sini? :p

        So, konklusi, (emm baru satu perenggan dah ada konklusi :p)

        Pendapat aku, Charles Bridge tu sendiri lagi cantik masa senja nak dekat2 malam kot :D Tapi view surrounding, waktu pagi lagi best sebab nampak semua. Then, maybe boleh naik cruise kat situ (I'll will). So, datanglah pagi dan petang hahaha


        I'm a tourist :D

        Ramai jugak Malaysians yang datang bercuti kat Prague. Jalan je beberapa langkah then nampak muka familiar. Nama Malaysia pun famous kat penjual2 kat sini. Then, mula la diorang greet "selamat datang", "apa khabar?", "terima kasih", "sama-sama". Kat HK emm nak cari kedai souvenirs pun tak tahu den eh. Tak habis explore lagi nampaknya. :p 

        Siap ada yang tanya mana nak cari souvenirs murah. Maaf la makcik pakcik adik kakak, teman ni pun baru 1st time nak jalan2 Prague cari souvenirs, tak dapat teman nak suggest. 




        Aha, want to know something? Bangunan2 kat Czech ni memang akan dikekalkan bentuk. Kiranya, kalau nak renovate apa2, bahagian dalam bangunan dah ke belakang sahaja yang boleh nak ubahsuai. Bahagian depan yang orang boleh nampak dari luar, mmg akan kekal macam tu. (mungkin dicat baru dari masa ke masa). Then, kat sini tak banyak bangunan tinggi2 :)





        13th July 2012
        1.15pm GMT +1

        It's time to get to the airport.

        Kena check-in 90 minutes before departure. Naik metro line kuning sampai Zlicin then naik bas 100 ke Terminal 1. Total duration dalam 30 minit kot. Syukur alhamdulillah, ada 4 Malaysians sama flight Prague-Dubai cumanya connecting flight diorang Dubai-KL tak sama. Nervous. Hee. 

        Flight delay. 



        Takpelahh, kita tengok dulu orang main game sambil makan aiskrim :p

        Flight semua okay, makanan sedap yang penting HALAL :) 

        Next entry - A night in Dubai :)

        Sungai Siput U, Perak
        120716
        0227

        Yesterday

        June 8, 2012



        While waiting for the bus to go home, I still cannot believe it was already 9pm. Observe the sky :)

        12 days left. Fighting!
        Speed up your momentum!

        "It is Allah who made for you the earth a place of settlement and the sky a ceiling and formed you and perfected your forms and provided you with good things. That is Allah , your Lord; then blessed is Allah , Lord of the worlds. Al-Ghafir 40 : 64


        Palachova
        120608
        0849 

        A Great Power

        May 28, 2012

        credit to Tumblr :)


        ??? ???? ????? ??? ???? ??? ??? ??? ??? ??? ????? ????? ??????

        Bismillahi tawakkaltu ‘alallah laa haula walaa quwwata illa billahi l-’aliyyi l-’a?him

        In the name of Allah, I have placed my trust in Allah, there is no strength nor power except from Allah.


        And will provide for him from where he does not expect. And whoever relies upon Allah - then He is sufficient for him. Indeed, Allah will accomplish His purpose. Allah has already set for everything a [decreed] extent.
         (At-Talaq 65 : 3)


        Insya-Allah.
        Have faith in Him.

        Palachova
        120528
        0422

        Latest Instagrams

        © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
        主站蜘蛛池模板: 美女无遮挡免费视频网站| 亚洲男人第一无码aⅴ网站| 2020天堂在线亚洲精品专区| 久久不见久久见免费视频7| 国产亚洲人成无码网在线观看| 午夜免费国产体验区免费的| 免费一级毛片清高播放| 99亚洲乱人伦aⅴ精品| 日本免费人成黄页网观看视频| 亚洲乱亚洲乱妇无码| 女性自慰aⅴ片高清免费| 亚洲精品456人成在线| 扒开双腿猛进入爽爽免费视频| 亚洲 欧洲 日韩 综合在线| 免费国产黄线在线观看| 中文字幕亚洲码在线| 午夜电影免费观看| 精品无码专区亚洲| 午夜亚洲国产成人不卡在线| 免费看黄网站在线看| 中文字幕精品无码亚洲字| 在线观看人成视频免费无遮挡| 国产精品亚洲精品日韩已满| 青柠影视在线观看免费| 亚洲男人都懂得羞羞网站| 亚洲一级毛片免费观看| 亚洲a级片在线观看| 午夜视频在线在免费| 高h视频在线免费观看| 国产偷国产偷亚洲高清日韩| 在线免费观看伊人三级电影| 亚洲国产人成在线观看69网站| 182tv免费视视频线路一二三| 亚洲Av无码一区二区二三区| 免费无码一区二区三区蜜桃大| 怡红院亚洲红怡院在线观看| 亚洲国产精品人人做人人爽| 两个人看www免费视频| 亚洲视频手机在线| 国产成人精品亚洲2020| 成人免费a级毛片无码网站入口|