Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

        Guess What I Ate Here

        February 8, 2016



        /7 I Ate Here 




        smiley food
        :) Senyumlah senyumlah ahaaii cekmek molek. 

        Okayyy, kita main teka teki pulak. Guess what is this.... :) Senang sangat ni.

        Nanti saya reply comment sama ada jawapan betul ataupun tak. Siapa yang jawab betul, tepuk bahu masing-masing, cakap tahniah! Haha.

        Kalau yang jawab betul tu nak request poskad pun boleh aje hihi :)

        Byeee, salam.

        HK, Czech
        160207

        Just Now - Pizza

        February 7, 2016

        /6 Just Now 

        Photo Challenge <--- Click here to join! 

        pizza sardin
        Pizza dengan sos special dari tanah air. :D Sos Cili Kimball! 



        Just because I've been craving for this for the past few days....

        Kat kepala asyik terbayang-bayang pizza.

        PizzaPizzaPizza

        Nak baca buku, tak masuk apa, asyik teringat pizza.

        Tak boleh jadi, terus bukak website pizza kat sini. Call, order semua, wah, tak sampai 30 minit dah sampai rumah!

        Cumanya.... saya order pizza diameter 30cm (small), orang yang ambil order tu salah dengar, dia ingatkan 45cm punya. Ah sudah.


        pizza sardin
        Pizza ni isinya sardin, telur, cheese, black olives, mozarella


        Bajet boleh tahan 2 hari punya makan ni. Kononnya...

        Akhirnya, belum sampai sehari, dah tinggal separuh. Aduhai.




        HK, Czech
        160206


        Adakah Minum Kopi Sunnah Nabi?

        February 6, 2016

        /5 Coffee

        old town white coffee less sugar

        Personally, I am not a coffee person. Kira tak kisah lah kalau ada kopi, saya okay. Kalau takde kopi pun saya okay. Saya lebih prefer chocolate drinks over tea or coffee. :)

        Stok kopi 3 in 1 yang saya bawak dari rumah - yang kat atas ni lah. :D

        Old Town White Coffee. 

        Beli ni pun ada kisahnya. Masa tu, ada kenalan dari UK kirim kopi ni, memang mention betul2 nak old town white coffee. Jadinya alang-alang belikan untuk dia, saya beli jugak untuk saya. Kot-kot teringin minum kopi, senang. Okay lah rasa dia. Ayah saya pun suka :)

        Okaylah, back to the title. Nak tahu jawapannya? 



        Selamat menimba ilmu! :)
        HK, Czech
        160205

        Apa yang Kita Tahu Tentang Tekstur?

        February 5, 2016



        /4 Texture

        Basically, saya curious apa yang dimaksudkan dengan tekstur. Bila sebut tekstur ni, benda pertama yang saya bayangkan ialah makanan.

        1. Texture in food. 

        Mungkin sebab dulu, saya suka satu rancangan makan-makan ni (tak ingat nama rancangan tu). Dan host dia sukaaaaaa betul sebut,

        "Teksturnya....... hmmmmmmmmm (sambil menikmati makanan tu)" 

        Dan saya pun *gulp gulp gulp* je lah yang mampu. :p 

        Tekstur makanan ni penting taw. Contohnya, untuk baby yang baru mula nak makan solid food, mak-mak tak bagi buah epal sebiji terus kan? Tapi diblend betul-betul jadi puri. :) Sebab baby tu belum ada gigi cukup nak kunyah.

        cupcake by lucie


        Ada orang tak suka makanan yang liat2 dan prefer sup. Ada yang suka tekstur agar-agar jeli. 

        Ada yang suka makanan crunchy. Cuba bayangnya burger kosong (roti dengan daging je) pastu bandingkan dengan burger yang ada roti, daging, salad, timun, sos, mayonis. Fuh. Dengan bahan yang berbeza, burger tu akan ada tekstur yang berbeza. 

        *tiba-tiba terbayang pau ayam*

        Bahaya betul cakap pasal makanan ni. Haha.

        ---------------------

        Anyway, texture is not only for food. Let's learn, what texture is actually about. :)

        Texture can be defined as what things are made of and how they feel. 

        Jadinya, perkataan tekstur ni boleh diguna pakai dengan meluasnya. Wow!



        2. Fabric / textile vs texture.

        Saya tertarik jugak dengan comparison ni. Macam korang semua tahu, textile ataupun kain ni banyak jenis kan? Kalau singgah Nagoya ke Jakel ke Kamdar ke untuk pilih kain / pakaian, mesti nak rasa dulu. Kalau tengok orang beli baju online, kena tanya dulu "kain jenis apa ni ye?" 


        Credit


        Sejak mulanya famous bisnes tudung, jubah sekarang ni, baru lah saya tahu ada lycra, chiffon bla bla bla. Dulu tahu cotton, wool, silk begitu je lah :) Kalau baju sekolah dulu, saya tahu kain cotton vs kain licin je. Noob sungguh.

        Belum masuk kain jenis kulit, sulaman, anyam, tenun, kait etc. Hebat2! Macam-macam tekstur kita boleh rasa.



        3. Texture in architecture.

        Wah, sedap rasa sebut ni ;p

        Perasan je kan, betapa gerutunya jalan raya dan gerutu tu bukan saja-saja. Makin bergerutu, makin senang tayar nak bergerak. Tak licin, memang cengkam habis lah. Tengok pulak tandas masing-masing. Biasanya tandas kat Malaysia majoriti jenis wet-toilet kan? Jarang sekali jumpa lantai yang jenis tile jenis licin.


        snow texture


        Cuba bandingkan rumah batu dengan rumah kayu. Dua-dua ada fungsi yang sama, sediakan tempat berteduh untuk manusia, walaupun tekstur rumah tu berbeza :)


        4. Texture in painting.

        Saya suka gerakkan jari jemari atas lukisan yang guna acrylic paint. :) Entahlah, feeling dia best. Haha.

        Surface painting pun salah satu tekstur. Satu lagi tekstur yang saya baru tahu wujud ialah cara painting tu dibuat. Kalau pernah tengok doodles, tu pun a type of texture in painting :)


        Ni Instagram kawan saya :D


        5. Texture in music.

        Yang ni, saya tak tahu nak hurai lebih, sebab tak faham pun nak baca music notes. Hehe.

        Tapiiiii, untuk pemahaman paling mudah, kita imbau balik sejarah ringtone telefon tu. Satu masa dulu, saya selalu pinjam handphone kawan sebab nak main code ringtone. Budak-budak zaman Nokia tiga tiga sekupang ni faham kot. Haa, masa awal-awal telefon wujud, bunyinya monophonic - mendatar jeee. Pastu up sikit jadi polyphonic, ada la bunyi pelbagai sikit. Sekarang ni, dah boleh letak lagu bersuara dah. :D



        Saya jumpa view ni kat YouTube, menarik jugaklah :D


        Reference:- Wikipedia 1, 2

        Rasa happy pulak bila buat challenge ni. I learned so many new things every day! Harap korang pun sama dapat ilmu baru :)

        Dan nak mintak maaf in advanced, kat diri sendiri, blog dan korang yang baca kalau within next few days, saya tak mampu nak update panjang-panjang for this post-photo challenge. I have another final exam this Wednesday. A picture will be enough, kan?

        Doakan saya dan kawan-kawan yang lain ye. Segan sebab selalu mintak orang doakan, tapi kot-kot la yang baca ni tengah musafir ke, tempat tu tengah hujan ke, insyAllah lebih mustajab kan? Ameen ameen :D :D :D

        Jumpa esok. Salam.

        HK, Czech
        160204

        Pernah Dengar Pasal Kereta ?koda?

        February 4, 2016



        3/ Car

        Untuk yang tak tahu, ?koda ni antara jenama kereta yang popular kat Czech ni dan boleh katakan di Central Europe ni jugak lah. ?koda ni wujud pada tahun 1895 dengan nama Laurin & Klement. Tapi sekarang, dah diletakkan sepenuhnya bawah Volkswagen Group bermula tahun 2000. 

        skoda logo


        Syarikat ni pada asalnya bukannya buat kereta taw. Menarik jugak sejarah ?koda ni. And inspiring :)

        Tahun 1894, ada seorang lelaki ni, namanya Vaclav Klement. Dia kerja sebagai penjual buku kat Mladá Boleslav. Masa ni nama Czechoslovakia tak wujud pun lagi (1918-1939, 1945-1992). Czech Republic yang wujud hari ni baru ada dalam 23 tahun :O Patut lah banyak cuti Merdeka kat sini -_-'

        Okay, back to the story.
        Klement ni ada satu basikal (produk Jerman) dan dia tak dapat spare-part nak baiki basikal dia. Jadi, dia pun hantar lah basikal ni ke pengeluar tu semula, Seidel & Naumann. Siap tulis surat lagi nak mintak tolong baiki basikal tu. Tapi surat tu dalam bahasa Czech. Sama ada Seidel & Naumann betul2 tak faham ataupun being sarcastic (I have no idea about this), Klement ni dapat balasan surat tertulis,

        "If you would like an answer to your inquiry, you should try writing in a language we can understand"

        Ouch, kalau saya jadi Klement, mungkin kecewa jugak lah. Tapi saya still wonder, surat yang dibalas tu dalam bahasa apa. Kalau bahasa Jerman, macam mana Klement ni nak faham. Kalau bahasa Czech, kiranya Seidel & Naumann ni faham je lah apa yang Klement ni request. KANNN?

        Klement ni tak puas hati, dan akhirnya bermula lah dia bukak kedai repair basikal dia sendiri dengan kerjasama Vaclav Laurin. Yang Laurin ni pulak memang dah jadi pengeluar basikal yang agak established lah kat bandar Turnov, dekat je dengan Mlada Boleslav ni. 

        mlada boleslav skoda


        Daripada basikal, diorang sambung dengan motorsikal pulak, Pastu kereta. Maju betul.

        Lepas World War 1 syarikat Laurin & Klement ni mula buat trak pulak. Tapi ada masalah sikit dan kebakaran kat kilang diorang. Akhirnya diorang end up dibeli (rasanya) oleh satu syarikat lain, ?koda Works. ?koda Works ni diasaskan oleh Emil ?koda pada tahun 1859. di Plzen. Jadinya, bermulalah pengeluaran kereta dari Laurin & Klement ni bawah nama ?koda. 

        Masa World War II, pengeluaran kereta memang jatuh merudum dan ?koda Works ni tukar bidang kerja dan hasilkan komponen2 untuk kenderaan tentera. Kesan serangan perang semua tu, ?koda Works memang musnah. Kilang dah takde, pekerja ramai yang mati. 

        Lepas habis perang, ?koda Works kembali bangkit. Wow. Diorang bina semula kilang yang kat Mlada Boleslav tu. Dan kekal lah sampai sekarang. :) Dan years after that, ada kisah2 nak swastakan ?koda ni dan akhirnya dimasukkan dalam Volkswagen Group. 

        Tamat. 


        skoda auto


        Saya selalu tergelak sendiri bila dapat tahu maksud ?koda = damage, harm. Masa kelas bahasa Czech dulu pun ada belajar satu phrase ni,

        To je ?koda! = It's a pity.

        Haha. Comel. 

        Lesson learned dari kisah ?koda ni;-

        1. Jadikan kekecewaan sebagai satu cabaran untuk bangkit.
        2. Sentiasa berfikir untuk maju selangkah ke depan.

        Oh ye,  kereta dalam bahasa Czech ialah auto. Dan kemalangan yang melibatkan kereta = autonehoda. Kereta kat sini majoriti pakai gear manual. Setakat info masa saya bersembang dengan orang kereta sewa tu, sikit sangat kereta gear automatik kat sini. 


        Reference:- Wikipedia, Google. 

        Okay, jumpa esok. Awkward betul rasa bila kena update blog hari-hari ni. T_T
        Salam :)

        HK, Czech
        160203

        So Colorful

        February 3, 2016

        2/ So Colorful



        These were fireworks that I watched on last New Year 2016 in my town Hradec Kralove. It was a bit weird to have the official fireworks by the town hall on the evening of the first day of January, instead of midnight. :) but, never mind, I enjoyed the fireworks anyway; although people here complained how short the show was. :D Haha.

        The fireworks lasted barely for a minute and a half. Lol.

        images for colorful fireworks

        Anyway, I would love to share a quote I found while scrolling my Twitter on the last day of 2015.




        I found the quote quite close to my heart.

        Life is colorful when we have other people in our life. Family, friends, neighbors, teachers etc exist to help us to keep supporting each other to stay strong in whatever we do. And life is also colorful with many up and downs, happiness and sadness. All those experiences put colors into our life. I can't imagine my life to be black and white. How dull will it be. T_T


        Anyway, how do you feel about the quote?  ;) ;) ;)

        HK, Czech
        160202


        Latest Instagrams

        © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
        主站蜘蛛池模板: 国产成人毛片亚洲精品| 一级毛片一级毛片免费毛片| 亚洲免费无码在线| 最近最新的免费中文字幕| 国产精品免费无遮挡无码永久视频 | 国产亚洲精品2021自在线| 亚洲妇熟XXXX妇色黄| 国产免费无遮挡精品视频| 精品国产污污免费网站aⅴ| a级毛片高清免费视频| 思思久久99热免费精品6| 亚洲国产欧洲综合997久久| 亚洲美女aⅴ久久久91| 久久久无码精品亚洲日韩蜜桃| 亚洲国产一成久久精品国产成人综合 | 色se01短视频永久免费| 久久99毛片免费观看不卡| www一区二区www免费| 无忧传媒视频免费观看入口| 亚洲欧美国产国产一区二区三区 | 特级做a爰片毛片免费看| 国产精品无码亚洲一区二区三区| 亚洲一区二区三区免费视频 | 2020因为爱你带字幕免费观看全集 | 男女一边摸一边做爽的免费视频 | 亚洲国产精品尤物yw在线| 日本高清免费中文字幕不卡| 成**人免费一级毛片| 成人看的午夜免费毛片| 毛片a级三毛片免费播放| 免费A级毛片无码免费视| 国产成人免费爽爽爽视频| 久草视频在线免费| 青青草a免费线观a| 成人无码区免费视频观看| 成人免费午夜无码视频| 在线免费视频一区二区| 四虎www免费人成| 免费A级毛片无码久久版| 亚洲精品一级无码鲁丝片| 国产亚洲情侣一区二区无|