Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

        bled

        Berbasikal Sekitar Bled, Slovenia

        August 22, 2016

        Sebab inspired by post kakak cantik yang berbasikal pagi-pagi, terus rasa nak update pasal Slovenia. Haha. Harap sempat lah selesai semua post pasal backpacking Slovenia sebelum balik Czech. Alahai, nak balik dah lagi 2 minggu. 

        -----------

        Dari Vintgar Gorge, terus berbasikal sampai tasik Bled ni. Ke sini pakai instinct dan pengalaman pergi tadi je. Sesat pun, biarlah. Tapi sebenarnya kawasan sini kecil je, pelik pulak kalau sesat. ;p

        Kat jalan raya Bled ni, boleh expect banyak kereta. Serba salah nak berbasikal atas jalan raya atau laluan pejalan kaki. I should wear the helmet tapi saya pun tak ingat kenapa saya sangkut je sekali backpack... dah macam kura-kura rupanya. T_T 

        Nak guna monopod, risau terlanggar kereta ataupun pelancong lain. Memang sangat berhati-hati pakai monopod tu. Biasanya saya pakai chest harness untuk GoPro kalau berbasikal, tapi entahlah tak bawak pulak. 

        Berbasikal Sekitar Bled, Slovenia
        I need gloves, berangin sangat masa ni. 

        View sepanjang berbasikal, memang tak boleh nafikan betapa indahnya Bled ni. Serius!

        With that background - the mountains covered with snow, fuhhhh. SubhanAllah. Bukan selalu nak tatap pemandangan macam ni in real life kan.


        Berbasikal Sekitar Bled, Slovenia
        Banyak gambar selfie. T_T

        Dalam gambar kat bawah ni, boleh nampak kan satu menara kat belah kanan kepala saya?

        Itu ialah church kecil atas pulau kecil. Nak ke pulau tu, korang boleh cross the lake dengan sampan - sama ada beramai-ramai dengan pelancong lain ATAU dayung sendiri. Dayung sendiri tu menarik tapi pricey sikit lah. Oh yea, masa musim panas boleh try swimming jugak kat sini.

        Beramai-ramai naik sampan / bot apa-apa lah = dalam Euro 10-15 return.
        Dayung sendiri = atas Euro 15 per hour.

        Info ni dari pengalaman yang saya baca sebelum datang sini. Saya tak minat sangat nak melawat church, so, tak kisah sangat nak ke pulau tu. Dikatakan, kalau kena masanya - korang berpeluang tengok wedding ceremony kat sini. Dan kat church ni jugak ada beberapa adat / mitos - contoh macam ring a bell for luck, takpun lelaki kena piggyback the partner naik tangga sampai atas. Lebih kurang macam ni. T__T

        I don't mind these kind of things.


        Berbasikal Sekitar Bled, Slovenia
        Ramai jugak berbasikal kat sini. 

        Bled ni tumpuan pelancong dari dalam & luar Slovenia. Memang ramai yang datang dengan keluarga, kawan-kawan. Ada yang jadikan Bled ni tempat honeymoon - which I think memang sesuai sangat la... haha berangan.


         
        Berbasikal Sekitar Bled, Slovenia
        View yang takkan pernah jemu.

        Berbasikal Sekitar Bled, Slovenia
        Julian Alps. kot.

        Saya ni kalau solo travel, memang jenis tak kisah part makan. Berbeza kalau dengan kawan-kawan - kena consider ada yang kena makan setiap meal tak kisah la proper meal ke tak. So, kita raikan perbezaan bersama.

        Memandangkan saya travel sendiri kali ni, chestnuts pun dah cukup mengenyangkan.

        Dah lama tak makan chestnuts, lagi-lagi lepas insiden hampir kena food poisoning sebab makan chestnuts yang jenis beracun. Fuh, pengalaman betul masa tu. 


        Berbasikal Sekitar Bled, Slovenia
        Harga tak ingat. Dalam Euro 2?

        Berbasikal Sekitar Bled, Slovenia
        Yang buat lebih best, bila makan sambil menghadap pemandangan tasik ni. Wahhhh, rasa taknak balik.


        Berbasikal Sekitar Bled, Slovenia
        Itik pun makan chestnuts weh. Ingatkan saja-saja la baling cebisan chestnuts tu, sekali betul itik tu makan.

        Dah Maghrib, saya pun balik ke hostel. Nak cycling malam-malam pun bahaya bila takde lampu basikal. 

        Esoknya, saya akan tinggalkan Bled untuk teruskan perjalanan ke Ljubljana. Target bas tengah hari. Ada masa sikit lagi nak luangkan kat tasik ni. T_T nanti rindu-rinduan. Haha masa menaip ni pun dah terbayang-bayang Bled sebenarnya.

        Sebelum tidur malam tu, kawan sebilik tunjuk gambar tasik dari tempat tinggi. Ahh, baru teringat ada viewpoint yang Miha pernah cerita. Osojnica dan Ojstrica. Lokasi viewpoint ni betul-betul bertentangan dengan castle. 


        Berbasikal Sekitar Bled, Slovenia
        Way to the viewpoints. 


        Serius saya tak tahu saya ikut yang mana satu. :p Pakai melangkah je mendaki tu. Mungkin sebab masih pagi, tak ramai orang naik mendaki lagi. Masa tengah mengah nak panjat bukit, tiba-tiba ada seorang mamat ni potong, siap berlari lagi. Amboi hebat sangat stamina tu. Jealous.

        Tapi, pemandangannya....superb!

        SubhanAllah!

        View memang amazing. Rasa tak nak turun tapi kena la turun kann.

        Berbasikal Sekitar Bled, Slovenia
        Timelapse

        Berbasikal Sekitar Bled, Slovenia
        Look at this! :D 

        Oh, saya ke bukit ni dengan basikal. Haha jangan expect la saya nak jalan kaki dari hostel. Kena jimat masa yang ada pagi tu.

        Turun dari viewpoint, kayuh satu round lagi keliling tasik ni. Kalau naik basikal boleh la dlm 30-40 minit camtu. Tapi kalau berhenti-henti ambik gambar, berjam-jam pun boleh jadi. Haha. Sampai hostel balik dlm 12.30 tengah hari. Okay ada lagi sejam utk next bas ke ljubljana. Sembang kejap dengan mamat China study Belgium - and I got to know about blablacar. Website ni pasal offer kereta / tumpang kereta orang lain - yang jauh lagi murah dari naik bas or train. Dia kata setakat ni pengalaman dia okay je naik kereta org tu. Sebab ni memang trusted website. 

        Sebelum check out, Miha hidangkan telur easter. Nice...boleh buat makanan spare atas bas. Jangan perut berangin sudah.  ;)

        Goodbye Bled.
        Hello again Ljubljana!

        SS, Perak, Malaysia
        160821

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        May 25, 2016

        Actually, the hill is not very high but still, I need to hike a bit to get to the castle. Unless I have a car :)

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia


        26th March 2016

        Selesai solat Subuh, terus ke dapur untuk prepare sarapan. Sarapan pagi tu ialah ramyun yang sepatutnya ramyun ni untuk makan malam lepas balik dari Bohinj. Tapi, tidur agak awal malam tu. Mungkin sedap dapat nikmat empuknya katil lepas semalaman di atas bas dan jalanan. Hehe. 

        Okayyy, plan utama hari ni ialah ke Vintgar Gorge. Bersemangat lebih untuk ke sini walaupun officially dikatakan tutup. Tapi sebab semalam tak dapat ke Mostnica Gorge dekat Bohinj tu, kena usahakan jugak yang Vintgar Gorge ni :) 

        Dan yang menariknya lagi sebab insyAllah akan ke sana dengan basikal. Wohooooo. Part Vintgar Gorge ni akan ada post special untuknya.

        Kembali pada Bled Castle.

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia


        Sementara tunggu orang hostel untuk dapatkan basikal, saya ambil kesempatan 2 jam pagi ni untuk berjalan-jalan di sekitar Bled Castle. Castle Hostel 1004 ni sangat dekat dengan Bled Castle. Saya jalan sepanjang jalan namanya Grajska cesta dan nampak satu signboard ni.

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        I am getting closer. Yeah.

        Tak de orang pun masa nak mendaki ke castle ni. T_T Nak ajak kawan sebilik kat hostel, masing-masing nyenyak dibuai mimpi. Mungkin awal pagi sangat kot untuk diorang.

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        Sampai je kat atas, akan jumpa kawasan macam ni - ala-ala taman macam tu. Kawasan bertentangan dari tempat gambar di diambil ialah kawasan parking. Dekat sini jugak ada laluan untuk masuk ke dalam castle. 

        I bet the view will be amazing in other seasons. :) Hehe, sebabnya masa ni pokok memang takde daun macam tu lahh, tinggal ranting je. 

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        Gate to the castle.

        Menarik gatenya. Dalam movie selalu tengok pasal pintu yang jadi bridge bila dibuka. Sama la macam kat sini. Pagar macam ni dipanggil drawbridge.

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia
        Drawbridge

        Masa saya sampai ni, dalam 8pagi macam tu. Rombongan pelancong dah mula berkunjung ke sini berjemaah dah. :)

        Oh ye, Bled Castle sekarang ni meliputi muzium, kedai souvenirs, restaurant, bar, cafe, etc. Nak masuk Bled Castle ni, kena bayar entrance fee - dalam EUR 5 (kanak-kanak), EUR 7 (pelajar), EUR 10 (dewasa) - rujuk sini :)

        Rasanya dibuka setiap hari, cuma opening hours tu berbeza ikut musim. 

        Tips menarik kat sini.

        Korang boleh masuk Bled Castle secara percuma kalau korang ada buat reservation makan kat sini. Nampak macam tak berbaloi kan sebab sah-sah makan kat sini macam mahal kan. Tapi kalau korang teringin nak makan dengan background secantik gambar kat bawah ni, why not? :D

        If you book your lunch or dinner in advance, we will provide you with free entrance to Bled Castle. - Bled Castle Restaurant

        Ada orang kata, reserve je restaurant untuk dapat free entrance, pastu beli kek tradisional dalam EUR 5 (dengar dari pengalaman backpackers lain je) - nampak macam masih berbaloi kan? 

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia


        Cantik kannnn :D

        Untuk yang teringin nak tahu sejarah Bled Castle yang dikatakan istana tertua di Slovenia ni, boleh rujuk sini. Lengkap! 

        Kalau perasan, banyak istana kat Eropah ni letaknya atas bukit. Kalau kat Kuala Kangsar pun, istananya kat atas Bukit Chandan kan. Strategiknya atas bukit ni ialah sebab susah orang nak access. Nak serang pun, kena naik bukit dulu kan - dah makan masa dan sah-sah orang kat istana tu boleh detect. 

        "The true reason to visit the castle is the view" - TripAdvisor

        Saya setuju. 

        Dan disebabkan view kat sini antara yang spectacular - itu yang menjadikan Bled ni tempat perjumpaan / meeting orang bangsawan atau orang berpangkat. :)




        Sekitar Bled Castle, Slovenia
        Tadaaaaa.

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        Kalau susuri jalan kat area gambar atas ni, korang akan sampai ala-ala pathway hiking sikit, tapi sebenarnya tak hiking lagi pun. Dan disajikan pemandangan macam kat bawah ni :D

        The best part of random exploration.


        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia


        Kat kamera saya pegang tu, nampak kan ada batang stripes hitam putih tu kann. Itu lah antara inovasi yang best untuk self-traveler. Tu sebenarnya mini-tripod - ada juga yang panggil kaki sotong. Sangatlah fleksibel sampaikan nak sangkut kamera kat dahan pokok pun boleh :D 

        Cuma, boleh guna untuk compact camera je la kot. Saya tak rasa dia kuat sangat untuk tampung DSLR etc. Ataupun mungkin ada versi mahal sikit tapi lebih kukuh :)


        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        Turun dari Bled Castle melalui tangga pulak.

        Nampak kosong kan? Iye, memang takde orang T_T

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia


        Sekitar Bled ni, memang berjalan kaki je. Suka juga dengan kawasan perumahan dia. Saya minat sangat dengan attic, entah la apa sebab spesifiknya. Cuma saya rasa, bila rumah tu ada attic, maknanya rumah tu menggunakan ruang yang ada sebaiknya. Hehe.

        Saya pun tak pasti kenapa rumah kat Malaysia, bahagian bumbung (antara atap dengan siling) tu mesti penuh dengan wiring. 

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        Morning Hike to Bled Castle, Slovenia

        Kawasan Bled ni mengingatkan saya dengan suasana Switzerland. Bayangkan duduk dalam rumah macam ni, setiap hari menghadap gunung-ganang begini :D

        Rumah saya kat Perak tu pun menghadap gunung jugak - Banjaran Kledang lagi. Tapi, sayangnya rakus sangat orang-orang kita menghakis gunung-gunung ni. Gondol rupanya dah T_T


        Sumber Rujukan:

        1. http://www.bled.si/en/what-to-see/cultural-sights/the-bled-castle
        2. http://www.blejski-grad.si/en/

        S.K. Neumanna, HK, Czech
        160525

        Check In - Bled, Slovenia

        April 12, 2016

        Backpacking to Bled, Slovenia
        A part of Bled, Slovenia - bukit yang rata tu ada bobsleigh. :D


        Saya naik bas terawal pukul 6 pagi dari Ljubljana ke Bled. Plan untuk jadikan Bled sebagai base untuk 3 hari di Slovenia. Semua perjalanan dalam Slovenia yang menggunakan bas, korang boleh refer website ni untuk plan perjalanan yea. 

        Bas Ljubljana - Bled ni sangat frequent - dalam sekurang-kurangnya interval 1 jam. Harga tiket 6.30 Euro (one way). Tips kat sini saya recommend untuk beli direct dari bus driver.  Bas tak penuh pun jadi tak payah risau kalau tak cukup seat. Tak payah beli awal-awal or beli kat kaunter. Kaunter ada caj extra beberapa euro sen (untuk administration agaknya). 

        Backpacking to Bled, Slovenia
        Bus Station Bled

        Perjalanan ke Bled kurang sejam setengah macam tu. Ni bas loncat-loncat taw bukan bas ekpress. So be alert dengan bus stop yang kita nak turun. Especially kat Bled ni ada banyak bus stops. Dalam website yang sama, korang boleh check laluan bas dan senarai bus stop yang dia berhenti. Jadinya, boleh check siap-siap bus stop yang mana satu dekat dengan hostel / penginapan korang.  

        Alhamdulillah setakat yang saya naik, bas agak on time. Boleh lah kalau nak tambah 10 minit masa kecederaan. 

        Backpacking to Bled, Slovenia
        Bus station, train stations connecting Bled, Slovenia.

        Untuk yang nak naik train ke Bled, ada 2 train station - Lesce Bled dan Bled Jezero. Kalau korang turun kat Lesce Bled, boleh naik bas untuk ke area tasik. Kalau turun kat Bled Jezero, rasa macam korang kena jalan lah kot. :O

        Saya recommend naik bas. Senang. Terus sampai kat area tasik. :D


        Where did I stay?

        Memandangkan saya backpacking, solo pulak tu - memang tak mampu lah nak berAirBnB bagai. Hostel dengan private bedroom, bathroom pun tak dapat. Jadi, saya book single bed dalam 4 beds female's room with shared bathroom di Aces of Spades Hostel. Saya tak pasti kenapa, banyak hostel yang takde female's room, banyak yang lebih kepada mixed room. Ouch, memang cuba elak berkongsi bilik dengan opposite gender ni. 

        Backpacking to Bled, Slovenia
        Castle Hostel 1004 - Hostelbookers

        Oh, saya tukar hostel masa nak check in tu. Dari Aces of Spades ke Castle Hostel 1004. Diorang satu geng sebenarnya. I don't really mind sebab harga bilik pun sama, kualiti pun sama. Asalkan female's room, it is more than okay :)

        Backpacking to Bled, Slovenia
        Castle Hostel 1004 dari luar. 

        Sebenarnya ni kali pertama saya berkongsi bilik kat hostel yang saya tak kenal seorang pun ahli bilik tu. Dan sepanjang saya duduk sana 2 malam, roommates bertukar-tukar - more chances to meet different people every day. 

        Oh ya, dalam hostel ni, diorang sangatlah friendly dan surprisingly jugak, diorang sangat trust each other. Majoriti pintu bilik tak berkunci kot. Ada yang loker pun tak berkunci. Ada yang charge mobile phones kat common room tapi tak tunggu pun phones tu. Bila bersembang dengan orang yang duduk lebih lama kat hostel ni, dia pun kata dia perasan benda yang sama. Hostel owner pernah cakap, kawasan Bled ni rata-rata penduduk kenal each others. Dan pintu rumah diorang pun ada yang tak berkunci. Saya tak pernah la pulak try bukak. Hehe.

        Backpacking to Bled, Slovenia
        Shared kitchen - dah pandai guna, pandai kemas balik - itu je tips nak dapur sentiasa bersih.
        Backpacking to Bled, Slovenia
        Common room - ada meja makan dan PC untuk lebih best plan aktiviti kat sana. Orang hostel pun senang nak bagi guide guna PC tu je.

        Kat sini, diorang sediakan kunci mangga dan tuala tapi ni semua ada caj. So, bawak la sendiri yeap. Tandas cantik, bilik air pun nice. Paling penting, memang bersih. :) Thumbs up! Ada balkoni jugak kalau nak bertaichi pagi-pagi, makan minum, sidai pakaian etc. 

        Hostel ni amalkan konsep no shoes inside the hostel. Ada rak kasut kat pintu masuk (still dalam bangunan) dan disediakan jugak sandal rumah. 

        Backpacking to Bled, Slovenia


        I really recommend this hostel! Baca reviews kat Tripadvisor, hostelbookers, booking.com semua - majoriti tinggalkan review yang baik-baik.

        Dalam 50 meter, ada mini market - Mercator. Haaa, untuk yang nak beli bahan mentah untuk masak - semua boleh beli kat sini. 


        ---------------------





        Saya sampai hostel ni dalam 7.30 pagi. Terlalu awal untuk check in, even orang hostel pun tak masuk kerja lagi. Hostel ni tak berkunci, so, boleh je masuk dan tunggu kat common room. Saya guna kesempatan ni untuk charge phone, guna PC untuk draft aktiviti lepas tu. 

        Backpacking to Bled, Slovenia
        View dari balkoni hostel

        Dalam common room dah ada beberapa orang tengah sarapan. Sempat berkenalan dengan seorang traveler ni asal dari China tapi study di Brussels. Dia dah stay semalam kalau tak silap dia rasa nak tambah hari. :D Kat hostel ni, ada promotion kalau korang stay untuk 3 malam akan dapat malam ke-4 free. Best la boleh stay sini lama-lama. T__T

        Backpacking to Bled, Slovenia
        View dari balkoni hostel

        Sedar tak sedar, dah pukul 9pagi. Orang hostel tu pun datang dan buat kerja dia - kemaskan bilik air tandas semua. Lepas tu baru dia uruskan check in. Katil saya belum dikemas lagi, kena tunggu orang sebelum saya check out - dalam sejam lagi. Jadinya, letak je dulu backpack dalam storage room dan continue with my day plan :D Nanti dah balik baru masuk bilik. 

        Bohinj, I am coming! 

        Bled, Slovenia
        160326

        S.K. Neumanna, HK, Czech
        160411

        Latest Instagrams

        © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
        主站蜘蛛池模板: 日日麻批免费40分钟无码| 丝瓜app免费下载网址进入ios| 久久亚洲欧美国产精品| 羞羞视频免费网站日本| 国产在线播放线91免费| 国产成人免费高清激情明星| 在线免费观看a级片| 亚洲?V乱码久久精品蜜桃 | 黄色网址在线免费观看| 国产大片免费天天看| 91久久精品国产免费一区| 久久精品免费一区二区喷潮| 亚洲AV网站在线观看| 亚洲av永久无码精品表情包| 亚洲制服丝袜中文字幕| 香蕉97碰碰视频免费| 三年片在线观看免费观看大全动漫| 亚洲中文无码永久免费| 亚洲国产综合精品一区在线播放| 亚洲国产人成在线观看69网站 | 毛片免费全部免费观看| 亚洲精品国自产拍在线观看| 精品亚洲成a人片在线观看| 亚洲五月综合网色九月色| 国产精品免费久久久久电影网| 久久免费看黄a级毛片| 亚洲成a人一区二区三区| 久久久久亚洲精品天堂| 蜜臀亚洲AV无码精品国产午夜.| 黄页免费在线观看| 最近免费中文字幕大全视频 | 免费v片在线观看| 在线观看亚洲人成网站| 国产亚洲美女精品久久| 久久久精品2019免费观看 | 国产亚洲人成A在线V网站 | 亚洲神级电影国语版| 免费在线观看自拍性爱视频| 2019中文字幕免费电影在线播放 | 亚洲欧美国产欧美色欲| 日韩视频在线观看免费|